Pemandu Kren Maut Dihempap Generator
KUALA LUMPUR – Seorang pemandu kren maut selepas generator yang digantung pada kren yang dikendalikan terjatuh dan menghempapnya di Taman Desa di sini petang tadi.
Ketua Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur Zamani Ismail berkata mangsa yang dikenali sebagai Jamil Mahamad, 35, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dalam kejadian kira-kira 5.20 petang itu.
“Kami segera mengerahkan seramai tujuh anggota dan dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 5.24 petang dan tiba kira-kira lima minit kemudian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata sebelum kejadian mangsa dikatakan mengangkat generator itu menggunakan kren berkenaan namun terpaksa menghentikan kerja tersebut apabila hujan lebat.
“Secara tiba-tiba kabel kren itu terputus dan generator itu terjatuh ke atas mangsa yang telah turun dan sedang berdiri di sebelah kren itu,” katanya.
Katanya mangsa mengalami kecederaan parah di seluruh badan dan mayat telah diserahkan kepada pasukan forensik polis untuk tindakan selanjutnya. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yjQ64V
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment