Samsung Galaxy J2 2017 Dilancarkan Dengan Spesifikasi Kelas Permulaan
Peranti di dalam keluarga Galaxy J adalah peranti kelas permulaan dan pertengahan Samsung. Di India Samsung Galaxy J2 2017 telah dilancarkan hari ini dengan spesifikasi kelas permulaan. Pertama sekali ini dilengkapi skrin 4.7″ SAMOLED qHD, dijana pemproses 1.3 GHz empat teras, memori sebesar 1GB RAM dan storan sebesar 8GB.
Kamera utama hanya sebesar 5-Megapixel manakala kamera hadapan pula sebesar 2-Megapixel. Peranti ini hanya mampu merakam video pada resolusi HD. Sebuah bateri sebesar 2000 mAh melengkapi spesifikasi peranti ini. Selain daripada itu ia masih menyokong SIM bersaiz mikro dan port pengecasan mikroUSB. Di India Samsung Galaxy J2 2017 dijual pada harga Rs. 7,390 (RM 481) sebuah.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wSPZKe
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment