Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Mulakan Perniagaan. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Mulakan Perniagaan.

Dikatakan sembilan daripada 10 punca rezeki datangnya daripada perniagaan. Jika dilakukan dengan betul, berilmu, strategi dan teknik yang berkesan, pulangan perniagaan boleh memberi pulangan berganda.

Setiap hari akan berlaku urusan jual beli dalam kehidupan seharian kita.  Mereka yang bekerja makan gaji juga terlibat dalam perniagaan. Anda memberikan tenaga, dan sebagai pulangan anda mendapat gaji.

Jika mereka kaya pun, pasti mereka ada buat kerja sampingan seperti berniaga atau ada pelaburan, betul? Jika hanya berbekalkan gaji, pasti tidak cukup.

Tidak semua orang ingin memulakan perniagaan. Mungkin kerana tiada tergerak minat untuk menjadi usahawan atau mungkin disebabkan masalah kekangan modal yang menyebabkan impian dan hasrat itu terpaksa ditunda.

Tetapi, sekiranya anda tidak pasti sama ada anda ingin memulakan perniagaan ataupun tidak, artikel pada hari ini mungkin dapat membantu anda melihat sebab mengapa anda perlu menjadi usahawan.

#1- Ingin Menjadi Bos Sendiri

Satu peluang untuk anda menjadi bos atau ketua adalah dengan membina bisnes di bawah jenama sendiri. Melatih diri menjadi ketua yang baik adalah momentum positif yang akan membawa anda ke jalan kejayaan. Anda yang menetapkan peraturan. Tiada siapa yang boleh menentang anda kerana bisnes dipegang anda sendiri.

Tetapi harus diingat ketua yang baik adakan menghasilkan staff yang berkualiti.  Namun menjadi ketua sendiri bukanlah perkara yang mudah oleh kerana kini tanggungjawab jatuh 100 peratus ke atas diri sendiri.

Sama ada berjaya atau gagal, ditentukan oleh kecekapan diri kita sebagai seorang ketua. Sekiranya gagal, maka 100 peratus adalah salah sendiri dan bukan lagi orang lain.

#2-Lakukan Apa Yang Anda Minat

Bila berniaga sendiri, masa adalah fleksibel, jadi anda boleh mengatur jadual kerja anda sendiri dan seimbangkan antara keperluan kerja dan juga keperluan keluarga atau kehidupan sehari anda. Anda tidak terikat.

Anda juga bebas menentukan produk apa yang ingin dijual. Satu kelebihan jika produk yang hendak dijual adalah kepakaran dan minat anda sendiri. Apabila karier tumbuh berdasarkan minat, setiap hari menjadi hari yang sentiasa ditunggu-tunggu dan anda tidak kenal penat untuk berusaha.

Melakukan sesuatu yang kita minat adalah langkah pertama, tetapi jangan lupa pula dengan permintaan pasaran. Melakukan sesuatu yang kita minat saja dan mengabaikan pasaran dan permintaan tidak ubah seperti syok sendiri. Tiada permintaan, maka tiada pembeli. Bila tiada pembeli, perniagaan yang dijalankan terpaksa digulung tikar pula.

#3- Membuka Peluang Pekerjaan 

Peluang pekerjaan akan wujud jika anda mula membuat bisnes. Oleh kerana anda adalah pemilik perniagaan, anda juga boleh memilih siapa pekerja anda. Anda sendiri dapat membina pasukan sendiri dalam menjayakan perniagaan anda.

Di sini, kecekapan komunikasi dan mengendalikan pasukan adalah amat penting. Bak kata pepatah Inggeris, ‘No man is an island’ yang bermaksud, kejayaan tidak dicapai seorang diri, tetapi atas bantuan orang lain juga.

Peluang pekerjaan yang diwujudkan perlu dapat membantu usahawan mencapai matlamat perniagaannya. Dan ini tidak akan tercapai sekiranya kemahiran komunikasi dan pengendalian pekerja anda lemah.

#4-Belajar Mengambil Risiko

Bila anda memulakan perniagaan sendiri, anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap untung rugi, berkembang atau tidak , maju atau tidak, perniagaan anda itu.

Memang betul, risiko boleh menyebabkan anda jatuh muflis, miskin, susah tetapi itulah yang mematangkan anda, anda melatih diri untuk berhadapan dengan risiko dan cuba mengurangkankannya ketahap paling minima tetapi disebalik risiko tadi ada berita baik juga.

Jika anda terpaksa menghadapi risiko perniagaan anda 100%, anda juga akan menikmati 100% keuntungan perniagaan anda sekiranya berjaya!

#5-Meningkatkan Ekonomi Diri Dan Keluarga

Tentunya tujuan utama dalam memulakan perniagaan adalah untuk mendapatkan keuntungan. Apabila ianya dilakukan dengan baik, perniagaan dapat memberi pulangan yang lumayan.

Perlu diingat juga dan menjadi pengajaran kepada semua, untuk berjaya dalam perniagaan memerlukan usaha dan dedikasi yang tinggi. Tiada ruang untuk menjadi cepat kaya dalam perniagaan, tetapi usaha yang konsisten akan memberi pulangan yang berganda.

Tidak semua perniagaan berjaya. Malah lebih banyak kisah kegagalan perniagaan sering kita dengar berbanding kisah kejayaan.



Sumber 5 Sebab Mengapa Anda Perlu Mulakan Perniagaan.

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2E56uXU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.