Hi! Welcome Back and Stay Tune! PKR DESAK POLIS SIASAT 5,000 ‘PENGUNDI BAHARU’ DI WANGSA MAJU - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PKR DESAK POLIS SIASAT 5,000 ‘PENGUNDI BAHARU’ DI WANGSA MAJU

KIRA-KIRA 5,000 pengundi berdaftar di kerusi Parlimen Wangsa Maju mempunyai butiran peribadi yang meragukan, menyebabkan Bendahari PKR Tan Yee Kew berang apabila polis tidak bertindak terhadap laporan yang dibuat berhubung perkara itu.

Daripada jumlah itu, 1,429 nama dalam daftar pemilih itu tidak menetap di alamat berdaftar dan parti mengetahuinya ketika menjalankan pemeriksaan dari pintu ke pintu, tahun lalu.

Tan berkata baki 3,500 nama kelihatan seperti memberi maklumat yang mencurigakan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sebagai contoh katanya, ada sehingga lapan nama didaftarkan pada satu alamat yang sama.

“Pilihan raya umum (PRU) semakin hampir. Jika polis tidak campur tangan dan siasat, ini akan menjejaskan keputusan PRU,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Beliau berkata 5,000 pengundi itu boleh mengubah keputusan pilihan raya apatah lagi PKR menang di Wangsa Maju dengan majoriti 5,511 undi pada 2013.

PKR membuat empat laporan polis di Wangsa Maju dan Setapak antara Ogos dan November tahun lalu berhubung 1,429 pengundi berdaftar, di mana individu berkenaan didakwa memberi maklumat palsu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan JPN.

Tan berkata pegawai penyiasat turut memaklumkan kepada parti tahun lalu bahawa polis sudah pergi ke beberapa alamat dan mengesahkan bahawa mereka yang mendaftar menggunakan alamat berkenaan, tidak menetap di situ.

Selepas itu, tiada tindakan lanjut diambil, katanya.

“Adakah mereka terima arahan dari atas supaya tidak meneruskan siasatan,” katanya.

7,000 pengundi baharu

Penemuan 5,000 nama mencurigakan itu terdorong daripada kemasukan 12,000 pengundi baharu dalam daftar pemilih Wangsa maju dalam dua suku terakhir 2016.

Tan berkata jumlah besar itu menyebabkan PKR meneliti nama itu, sehingga mereka membuat keputusan melakukan pemeriksaan dari pintu ke pintu.

Katanya, jumlah besar pengundi baharu itu membingungkan kerana lebih separuh atau 7,000 nama bertambah kerana pertukaran alamat.

“Tidak ada kawasan perumahan atau kilang baharu, jadi kenapa ada 7,000 orang tiba-tiba mahu berpindah ke Wangsa Maju,” katanya.

Pasukannya memfokuskan kepada alamat di mana terdapat lapan nama yang didaftarkan. Corak pendaftaran seperti itu berlaku di Taman Melati, Seksyen 1 Wangsa Maju, Gombak Utara dan Wangsa Melati.

Mereka datang sendiri setiap rumah berkenaan untuk mengesahkan individu berdaftar berkenaan tinggal di situ dan mendapati ada alamat itu tidak wujud.

“Ada alamat tidak wujud langsung. Polis perlu siasat bagaimana individu itu boleh palsukan alamat untuk mendaftar sebagai pengundi. Siapa mereka dan di mana sebenarnya mereka tinggal,” kata Tan.

Katanya, menjadi kesalahan jenayah bagi sesiapa yang memberi maklumat palsu kepada penjawat awam, mengikut Seksyen 177 Kanun Keseksaan.

Tan berkata mereka akan membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguat Kuasa pada minggu ini jika ketua polis negara tidak memberi respons kepada surat terbuka yang dihantar minggu lalu.

Alamat tidak wujud

The Malaysian Insight ke Kampung Puah dan Seksyen 4 Wangsa Maju untuk membuat tinjauan berkenaan nama dan alamat yang diberi oleh Tan.

Noor Fazlin Rais Mohamad Rais, 21, berkata tidak ada rumah bernombor 642-6J di kampung Melayu itu.

Berdasarkan daftar pemilih, seramai 48 individu didaftarkan di 642-6J Jalan Kampung Puah Hulu, Kampung Puah.

“Ada rumah nombor 642-6 tetapi 642-6J tidak ada,” katanya.

Noor Fazlin, yang tinggal di situ sejak lebih tiga tahun lalu berkata dia tidak mengenali mana-mana 48 nama yang ditunjukkan.

Jirannya yang tinggal di kampung itu sejak dua dekad lalu juga berkata mereka tidak kenal nama itu.

Di Seksyen 4 Wangsa Maju, peniaga Faizul Nazreen Yusof, 35, berkata dia tidak kenal lapan nama Melayu yang sengaja didaftarkan menggunakan alamat rumahnya.

“Saya membesar di sini. Kami hanya ada tiga pengundi di sini, emak saya, kakak dan saya,” katanya.

The Malaysian Insight menghantar soalan kepada Pengerusi SPR Hashim Abdullah berdasarkan kepada penemuan Tan itu, tetapi masih belum mendapat jawapan.

Kali pertama Tan membangkitkan tentang pengundi hantu di Wangsa Maju pada Julai tahun lalu.

Beliau mungkin bertanding melawan calon MCA iaitu Ketua MCA Bahagian Wangsa Maju Yew Teong Look pada PRU14 yang perlu diadakan sebelum Ogos itu.

Yew ialah bekas ahli Parlimen Wangsa Maju untuk satu penggal (2004-2008), di kawasan yang pernah menjadi kerusi Umno antara 1995 dan 2004.

Wee Choo Keong daripada PKR yang menjadi calon bebas pada 2010 menewaskan Yew di kerusi itu pada 2008 dengan majoriti tipis 150 undi.

Pada 2013, Wee digantikan dengan Tan Kee Kwong, yang menewaskan calon BN, Mohd Shafei Abdullah dengan 5,511 undi.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2F9q6JX

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.