Demimu Abang....
Zhou Dingshuang, 9, dan abangnya, Zhou Dingfu, 12, belajar dalam kelas sama di sebuah sekolah di wilayah Heizhiguo dekat sini. Dingfu berdepan masalah menggunakan anggota tangan dan kaki sejak dia dilahirkan di sini.
“Saya tidak akan meninggalkan abang. Saya akan jadi tangan dan kaki untuk dia buat selama-lamanya,” kata Dingshuang kepada stesen televisyen tempatan Wenshan baru-baru ini.
Dingshuang akan membasuh tangan dan muka abangnya pada setiap pagi, membantunya memakai pakaian sebelum mengendong Dingfu ke sekolah. Dia juga membantu Dingfu menyiapkan tugasan sekolah yang diberikan guru mereka.
Dingshuang turut membantu menguruskan kerja-kerja rumah termasuk menjaga haiwan ternakan memandangkan kedua-dua ibu bapa mereka juga berstatus OKU. Tiada maklumat lain diberikan mengenai ibu bapanya. Pihak pengurusan sekolah turut menawarkan asrama kepada kedua-dua pelajar itu selain mengurangkan yuran persekolahan. Adik kendong abang OKU ke sekolah
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2E5oem3
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment