Hi! Welcome Back and Stay Tune! PPBM Berjuang Untuk Mukhriz, Bukan Pejuang Bangsa & Agama – Anina - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PPBM Berjuang Untuk Mukhriz, Bukan Pejuang Bangsa & Agama – Anina





PPBM daripada perjuangan rakyat bertukar menjadi perjuangan untuk selamatkan survival politik DS Mukhriz Mahathir.

1. 22 tahun sebagai ahli UMNO tidak menjadikan saya rasis. Namun saya percaya perjuangan untuk menjaga kepentingan bangsa itu tidak salah di sisi agama, perlembagaan mahu pun dari sisi hak asasi manusia.

2. Ketika penubuhan PPBM, saya mempersoalkan tentang keperluan diwujudkan sebuah parti baru dan saya dimomokkan tentang kepentingan platform perjuangan. Ketika itu TS Muhyidin Yasin dan DS Mukhriz Mahathir baru saja kehilangan jawatan dalam UMNO.

3. Apabila saya tanyakan tentang keperluan untuk membenarkan non-bumi menyertai parti sebagai ahli bersekutu, saya dipujuk untuk menerima hakikat bahawa PPBM memerlukan sokongan semua rakyat Malaysia.

4. Dan apabila saya bertanyakan tentang keperluan untuk bergabung dengan DAP, PKR dan AMANAH, saya digula-gulakan bahawa jumlah keahlian yang ramai dan bilangan kerusi yang banyak akan menjadikan PPBM parti yang dominan dalam PH. Maknanya DAP akan tunduk kepada PPBM.

5. Sebaliknya selepas 3 bulan diluluskan, Mukhriz sedang galak turun ke Langkawi dan menyusun orang-orangnya di seluruh bahagian di Malaysia, gerakan sulit diatur untuk memecat saya sebagai ketua sayap wanita yang akan memimpin jentera pilihanraya.

6. Momentum PPBM terencat apabila PPBM mengumumkan gabungan bersama DAP dan diikuti dengan pemecatan Ketua Sayap Srikandi pertama selepas 3 bulan parti diluluskan. Keahlian yang menghampiri 100,000 selepas 3 bulan seakan stagnant hingga kini.

7. Rakyat melihat perjuangan marhaen telah di hijack (dirampas) oleh politikus yang gila kuasa. Pucuk pimpinan PPBM dilihat tidak jujur dalam memperjuangkan rakyat marhaen apabila sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa.

8. Apabila Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq membuat kenyataan keras bahawa dia akan menggasak pucuk pimpinan PPBM untuk mengubah perlembagaan PPBM bagi menjadikan PPBM sebuah parti berbilang bangsa seperti DAP, PKR dan AMANAH, ianya jelas menunjukkan kepada rakyat bahawa PPBM adalah sebuah parti yang tiada arah tuju.

9. Parti ini ditubuhkan dengan tergesa-gesa hanya untuk 2 perkara:

i. Menjatuhkan DS Najib Razak
ii. Menyambung nyawa politik Mukhriz Mahathir

10. Kesemua ahli PPBM di seluruh Malaysia dipergunakan untuk berkorban wang ringgit, masa, tenaga, keluarga dan insan tersayang dalam usaha menjatuhkan seorang individu bernama DS Najib Razak dan menyambung nyawa politik DS Mukhriz Mahathir.

11. Tiada perjuangan bangsa yang dibawa oleh PPBM. Hanya ucapan retorik bahawa PPBM mempertahankan agama, bahasa Melayu dan Hak istimewa Melayu yang di laungkan oleh TS Muhyiddin Yassin.

12. Hanya TS Muhyiddin Yassin yang dilihat begitu berusaha keras untuk berbaik dengan PAS demi mendapatkan kekuatan suara Melayu dalam PH sedangkan Tun M dan DS Mukhriz begitu kuat berpegang kepada sokongan DAP.

13. Jangkaan ramai pemerhati tepat apabila Tun M berjaya mempengaruhi PH untuk meletakkan dirinya sebagai calon PM. TS Muhyiddin Yassin nampaknya hanya akan menjadi salah seorang Menteri Kanan sekiranya PH berjaya ke Putrajaya.

14. Jangan lupa bahawa DS Mukhriz adalah pengerusi pembentukan bahagian-bahagian di seluruh Malaysia. Beliau telah berjaya menyingkirkan Anina Saadudin dan Kamarulazman Habibur Rahman, 2 bekas pemimpin PPBM yang mampu melindungi Presiden.

15. Berbalik kepada isu pokok iaitu perjuangan bangsa, rakyat perlu membuka mata seluas-luasnya untuk menilai di manakah letaknya kepentingan isu bangsa dalam PPBM? Tiada, melainkan hanya perjuangan gila kuasa dan survival politik anak beranak.



Anina Saadudin
Presiden
EMPIRICAL MALAYSIA

✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2n7BCyO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.