Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis Cari Lelaki Marahkan Perempuan Sebab Tudung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis Cari Lelaki Marahkan Perempuan Sebab Tudung


Polis Pulau Pinang giat mengesan seorang lelaki tempatan selepas dipercayai menolak kepala seorang wanita warga Indonesia kerana berang dengan mangsa yang tidak memakai tudung sehingga kejadian itu tular di laman sosial sejak 6 Januari lalu. 

Kejadian berlaku pukul 12 tengah hari ketika mangsa berusia 24 tahun yang merupakan pekerja kilang Sony di Perai bersama kakaknya dan beberapa orang awam berada di hentian bas Taman Perwira, Bukit Tengah di sini. Difahamkan, video yang berdurasi enam minit 12 saat itu kini ditonton lebih 1,800 penonton melalui laman YouTube sejak minggu lalu.

Perbuatan lelaki yang berpakaian sukan itu dilihat berkali-kali memarahi mang­sa akibat tidak menutup aurat sambil diperhatikan individu di sekeliling.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab. Hamid berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa di Balai Bukit Tengah semalam selepas kejadian itu berlaku hampir dua minggu lalu. Menurutnya, mangsa hadir ke balai selepas video kejadian itu tular di Facebook, portal dan laporan akhbar tempatan baru-baru ini.

“Usaha mengesan mangsa iaitu pengadu berjaya berdasarkan maklumat orang awam dan siasatan mendapati tiada sebarang kece­deraan atau kesan luka yang dihadapinya.

“Pengadu mengatakan lelaki tersebut naik angin selepas dia (pengadu) tidak mengendahkan kata-katanya lalu te­rus menolak kepala wanita itu dengan tangan. Kejadian berpunca apabila lelaki terbabit marah kerana pengadu tidak memakai tudung,” katanya dalam kenyataan semalam.

Jelas Nik Ros Azhan lagi, polis telah berjumpa dengan bapa saudara lelaki tersebut namun suspek tiada di rumah. “Suspek telah keluar me­rayau-rayau dan bapa saudaranya juga memaklumkan yang lelaki itu mengalami masalah mental sejak 15 tahun akibat kemalangan jalan raya.

“Usaha mengesan suspek sedang dilakukan untuk menghantarnya ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DwBRtF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.