Hi! Welcome Back and Stay Tune! AWAS...Jangan Jadi Mangsa. Maggi Tiruan Dari China Telah Masuk Ke Pasaran. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

AWAS...Jangan Jadi Mangsa. Maggi Tiruan Dari China Telah Masuk Ke Pasaran.


Pihak berkuasa Singapura menyatakan tiada produk makanan tiruan dari China diimport ke Singapura.

Ini menyusuli berita bahawa begitu banyak kilang di China didapati menghasilkan produk makanan tiruan.

“Sebagai sebahagian daripada program pemantauan keselamatan makanan Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA), produk-produk makanan yang diimport diperiksa secara kerap dan diuji sampelnya untuk memastikan ia mematuhi piawai dan syarat-syarat keselamatan makanan kami.

“Sejauh ini, kami tidak mengesan sebarang produk makanan tiruan yang diimport dari China,” menurut jurucakap AVA hari ini (17 Jan).

Jurucakap itu menambah produk-produk makanan yang tidak mematuhi syarat-syarat AVA tidak akan dibenarkan dijual. “Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap sesiapa yang didapati bersalah melanggar peraturan kami,” menurut AVA.



Hampir 50 kilang di bandar Tianjin di China didapati menghasilkan produk-produk makanan tiruan dengan bahan-bahan termasuk “sisa makanan dan garam gred kilang” yang tidak sesuai untuk dimakan manusia, menurut laporan media China.

Produk-produk itu mempunyai label-label palsu jenama-jenama popular seperti Lee Kum Kee, Nestle dan Knorr, menurut laporan The Beijing News.


Nestle menyatakan ia sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa untuk membanteras produk tiruan “untuk melindungi para pelanggan kami, serta produk dan jenama-jenama kami.”


“Pakar-pakar kami sedang membantu pihak berkuasa membezakan produk-produk Nestle yang asli daripada produk tiruan,” menurut jurucakap syarikat yang turut memiliki Maggi itu.

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DDhGxY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.