Hi! Welcome Back and Stay Tune! Boy Iman direman lagi! kes penipuan projek perumahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Boy Iman direman lagi! kes penipuan projek perumahan

Boy Iman direman

Pengarah Urusan DBI Properties, Datuk Norul­iman A Rahman atau lebih dikenali sebagai Boy Iman direman dua hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes penipuan projek pembinaan rumah di daerah ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Roslan Mohd Nor berakhir esok.

Boy Iman, 38, direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana dipercayai bertanggungjawab menyebabkan kerugian beberapa mangsa dalam projek pembinaan rumah banglo.

Boy Iman yang berbaju t-shirt biru kuning tiba kira-kira jam 11 pagi dengan tangan bergari sebelum dibawa keluar dari kamar mahkamah pada jam 11.30 pagi diiringi anggota polis.

Pada 2 Oktober tahun lalu, pelakon yang popular menerusi telemovie Blok 404 itu pernah ditahan bersama dua pemilik syarikat Juta Kelulut Global Resources dalam dua tangkapan berasingan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang dan sebuah kondominium di Setapak.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 29 hingga 45 tahun itu ditahan berhubung penipuan projek pembinaan rumah banglo yang melibatkan jumlah kerugian sehingga RM6.2 juta.

Sumber: Sinar Harian



Sumber Boy Iman direman lagi! kes penipuan projek perumahan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2E6HxLO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.