Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kenyataan Polis Tentang Gambar Datuk Farid Kamil Buat Laporan Polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kenyataan Polis Tentang Gambar Datuk Farid Kamil Buat Laporan Polis

 
Petang tadi, di laman Instagram, Datuk Farid Kamil telah memuatnaik satu foto di depan balai polis dengan memegang report polis.

Farid Kamil menulis caption bahawa dia akan terus mebantu golongan yang teraniaya.

Ini caption dari Datuk Farid Kamil:

"Assalamualaikum... Terima Kasih atas iringan Doa-doa dari Kalian, semoga Allah swt akan terus Merahmati kita Semua.

"Insya Allah dengan kudrat yang masih tinggal ini saya akan terus memperjuangkan nasib orang-orang Teraniaya.

"Pinta saya supaya Kalian semua dapat mendoakan supaya perjalanan yang berliku ini dapat di tempuhi. Amin.

Setelah foto itu mendapat perhatian netizen, ramai yang tahu mengapakah Datuk Farid Kamil memuatnaik foto berkenaan. Adakah pelakon berkenaan ada membuat laporan polis petang tadi.

Menjawab persoalan itu, melalui laporan Harian Metro, Polis Selangor menafikan menerima laporan dari pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari pada hari ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan yang dibuat sendiri oleh pelakon berkenaan.

Ini kenyataan pihak polis:

"Tetapi dia (Farid Kamil) ada membuat laporan di Balai Polis Brickfields pada 18 Januari lalu bagi tujuan mengambil barang di rumahnya (di Damansara) saja,"

Itulah kata Ketua Polis Selangor di sidang media majlis pelancaran Kelab Pencegahan Jenayah Kolej Universiti Saito di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Sementara itu,  Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan sehingga kini pihaknya tidak menerima sebarang laporan di buat oleh Farid Kamil di Balai Polis Mutiara Damansara atau mana-mana balai polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Difahamkan laporan berkenaan adalah laporan lama yang dilakukan oleh pelakon berkenaan pada tahun lalu berhubung sebuah syarikat produksi filem.

Dari laporan  portal Harian metro, dikatakan report berkenaan dilakukan selepas syarikat berkenaan didakwa menggunakan air longkang sewaktu penggambaran dan pihak pelakon terbabit mahu memfailkan saman terhadap syarikat berkenaan.

Apabila hal ini ditanya kepada adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari, dia tidak mahu memberi sebarang komen tentang hal berkenaan.

Sumber: Harian Metro

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2E6uv0S

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.