Inilah Felda Lurah Bilut!
Banyak yang diperkatakan mengenai Felda Lurah Bilut. Maklumlah, ini merupakan tanah rancangan Felda pertama dibuka di dalam negara pada tahun 1956.
Dan ia bakal menjadi projek rintis bagi transformasi Felda 2.0.
Apa yang menariknya di sini?
Semestinya Felda Lurah Bilut ini merupakan sebuah destinasi menarik untuk kalian kunjungi.
Di sini kalian boleh menyusun aktiviti dengan mencuba Extreme Bilut Park yang terletak di jalan utama Bentong ke Raub.
Ianya betul-betul sekitar 50 meter dari pintu gerbang Felda ini yang mana menempatkan sebuah tanah ladang yang telah ditukar menjadi kawasan pemainan ekstrim keluarga.
Bayangkan kalian boleh mencuba ATV dengan menjelajah sungai kecil, kawasan ladang serta kawasan hutan yang disediakan treknya.
Tak perlu bimbang, kesemua aspek keselamatan dijaga dengan rapi malah kalian juga akan diberi sesi latihan terlebih dahulu sebelum memulakan aktiviti.
Juga ada aktiviti memanah yang cukup bagus dan punya ruang yang selesa. Selain itu, ada juga akvititi berkuda dan semestinya ada ladang arnab untuk kanak-kanak.
Oh ya, sebelum sampai ke Felda Lurah Bilut, jemput singgah juga ke restoran paling popular di sini. Ianya dimiliki oleh penduduk Bilut yang dinamakan sebagai Restoran Lemang Toki.
Ianya digemari penduduk tempatan malah ramai pelanggan dari Kuala Lumpur sanggup turun untuk menikmati lemang yang disediakan.
Lebih dari itu, Sambal Pahang (Sambal Hitam Pahang) juga disediakan bersama gulai tempoyak ikan patin yang menjadi kegilaan seluruh rakyat Malaysia juga ada.
Jika sudah selesai menikmati makanan dan berseronok di Extreme Bilut Park, kalian boleh teruskan aktiviti di Muzium Felda di sini.
Ianya akan memberi kalian informasi berguna bagaimana tanah rancangan ini dibuka oleh Mantan Perdana Menteri kita dahulu Tun Abdul Razak.
Muzium ini menempatkan koleksi gambar, koleksi barangan lama serta kisah dan penceritaan bagaimana tanah rancangan ini dibuka dengan suka duka.
Untuk pengetahuan kalian, di Felda Lurah Bilut ini mempunyai kesatuan antara kaum yang tinggi.
Di sini juga letaknya lorong-lorong yang dibuat berdasarkan kepelbagaian kaum. Kalian boleh lihat sendiri adanya masjid, kuil, gereja dan tokong di sini.
Ada pekan kecil masyarakat cina, ada juga kawasan untuk masyarakat India juga ada masyarakat mamak yang sama-sama membangunkan diri di tanah rancangan ini.
Di sini juga terdapat air terjun yang indah. Sungainya yang jernih menyebabkan kalian teringin untuk terjun dan mandi-manda! Seronok!
Ya kawan, Felda Lurah Bilut terletak sekitar 10 kilometer dari Bandar Bentong. Jika kalian dari Kuala Lumpur, hanya perlu menggunakan Lebuh Raya Gombak-Karak, kemudiannya memasuki exit Bentong. Masuk ke Bandar Bentong dan menuju ke Raub.
Felda ini terletak di sebelah kanan jalan sahaja. sepanjang perjalanan, jika ada rezeki kalian, nikmatilah durian dan nangka madu yang dijual di bahu jalan. Best!
Dan…. tak lama lagi kemudahan, infrastruktur serta tarikan pelancongan akan bertambah maju.
Nantikan!
FELDA – Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan
Sumber Inilah Felda Lurah Bilut!
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2DzfL9C
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment