Cara Pantas Memasak Lauk Sardin Yang Lazat Hingga Menjilat Jari.
Makan nasi dengan lauk ikan sardin biasanya dikaitkan dengan resepi orang bujang dan keluarga miskin. Betul ke? Tak juga sebenarnya sebab sardin tak lah semurah telur, tambahan lagi jika guna jenama sardin seperti Ayam Brand atau King Cup. Tetapi sesekali makan sardin sedap juga kan. Jom lihat resepi ringkas dan penyediaan lauk sardin dalam tin dibawah ni.
Bahan-bahan Memasak Sardin
- 1 tin sardin (Disyorkan jenama sardin yang sedap ialah Ayam brand dan King Cup)
- 1 biji bawang besar - dihiris halus
- 3 ulas bawang putih - dimayang atau diketuk
- 1 biji lada hidup - dimayang
- Garam, gula dan kicap secukup rasa
- Tomato dan ubi kentang (optional)
- Masukan sedikit minyak ke dalam kuali.
- Tumiskan hirisan bawang besar, bawang putih dan lada hidup. Bila sedikit garing dan naik bau, masukkan ikan sardin dalam tin.
- Masukkan air dengan anggaran 1/2 isipadu tin sardin tadi. Bagi yang suka kuah pekat, kurangkan lagi jumlah air.
- Masukkan secubit garam, satu sudu kecil gula dan sedikit kicap manis.
- Boleh tambah tomato dan ubi kentang jika suka.
- Bila sudah mendidih, kecilkan api dan biarkan ia mereneh dalam 2 minit.
- Lauk sardin ringkas sedia untuk dihidang.
Kredit
✍ Sumber Pautan : ☕ Sensasi Media
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2nd0g02
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment