Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Film Favorit’ Buah Tangan Terbaharu Sheila On 7 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Film Favorit’ Buah Tangan Terbaharu Sheila On 7

KUALA LUMPUR – Bagi mengubati kerinduan peminat, kumpulan muzik popular Indonesia, Sheila On 7 akan mengeluarkan single terbaharu bertajuk ‘Film Favorit’ pada hujung bulan ini.

Pemain gitar kumpulan itu, Eross Chandra berkata lagu tersebut merupakan hadiah kepada peminat yang terus setia menyokong mereka sepanjang lebih 20 tahun bergelar anak seni.

“Menerusi lirik Film Favorit, kami ingin menyampaikan mesej positif kepada para pendengar khususnya anak muda agar terus yakin dan tidak mudah putus asa untuk mencapai impian mereka.

“Tiada perancangan untuk mengeluarkan album dalam masa terdekat namun kami bercadang untuk mengeluarkan tiga atau empat single dalam tahun ini,” katanya pada sidang media sempena konsert ‘Sheila On 7 Live in Kuala Lumpur 2018’ yang turut dihadiri pemain bes kumpulan itu, Adam Subarkah di sini hari ini.

Eross berkata single terbaharu itu juga bakal didendangkan kepada peminat di Malaysia buat pertama kali pada konsert tersebut yang bakal berlangsung pada 10 Feb ini, di StarXpo Centre KWC Fashion Mall.

Katanya persembahan yang berlangsung selama dua jam itu akan dihangatkan dengan 20 lagu popular mereka yang masih lagi di peringkat pemilihan.

Selain Eross dan Adam, Sheila On 7 yang ditubuhkan pada 1996 turut dianggotai Akhiyat Duta Modjo sebagai vokalis dan Brian Kresno Putro sebagai pemain dram.

Kumpulan yang popular dengan lagu Sephia, Berhenti Berharap dan Melompat Lebih Tinggi itu telah melahirkan lapan buah album bermula pada 1999 sehingga 2014. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ADBECI

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.