Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ya Allah. Mayat Wanita Berulat Tanpa Kepala Ditemui - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ya Allah. Mayat Wanita Berulat Tanpa Kepala Ditemui

Ya Allah. Mayat Wanita Berulat Tanpa Kepala Ditemui | Saya Luv Islam – Bau busuk yang menyengat selama beberapa hari terbongkar dengan penemuan mayat wanita berulat tanpa kepala di Pulau Pinang. Ngeri. Ikuti berita selanjutnya…

TERHIDU BAU BUSUK

Mayat wanita tanpa kepala ditemui dalam longkang bersama timbunan sampah dekat Lorong Perindustrian Bukit Minyak, di sini, lewat petang tadi.

Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 6.30 petang oleh orang orang awam yang terhidu bau busuk ketika melalui jalan berkenaan.

Anggota Unit Forensik Polis Diraja Malaysia masih berada di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Mayat itu ditemui dalam keadaan berulat memandangkan berada bersama timbunan sampah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid, mengesahkan penemuan mayat itu dan polis masih menyiasat identiti mangsa.

Katanya, setakat ini, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SUSPEK ROMPAK KEDAI EMAS DITEMBAK MATI POLIS

Suspek rompak kedai emas sekitar Lembah Kelang dan Negeri Sembila yang paling dikehendaki polis ditembak mati di Cheras.

Seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun kedai emas di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan, sejak 31 Disember lalu mati ditembak di Taman Connought, Cheras, di sini, malam tadi.

Suspek rakyat tempatan berusia 22 tahun sebelum itu dikesan memandu sebuah kereta jenis PERODUA Myvi dalam keadaan mencurigakan di kawasan Cheras oleh sepasukan polis dari Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman dan Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, yang menjalankan rondaan selepas menerima maklumat, kira-kira jam 10.30 malam.

Sumber berkata, polis kemudian mengarahkan lelaki terbabit memberhentikan kenderaannya bagi tujuan pemeriksaan.

Ketika hendak diperiksa, suspek dikatakan enggan memberikan kerjasama dan menembak ke arah polis dari arah kenderaan kenderaannya.

“Polis kemudian membalas tembakan suspek bagi mempertahankan diri berikutan kerana tindakan suspek yang mengancam keselamatan pegawai dan anggota,” katanya.

Katanya, tembakan yang dilepaskan itu dipercayai mengenai suspek dan pemeriksaan polis di dalam kenderaan terbabit mendapati dia sudah meninggal dunia.

Hasil pemeriksaan awal polis di dalam kenderaan itu menemui sepucuk pistol digunakan suspek.

Sumber itu berkata, hasil semakan mendapati suspek yang berasal dari Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang itu mempunyai rekod jenayah lampau dan dikehendaki polis atas beberapa kesalahan termasuk memiliki senjata api dan cubaan samun.



Sumber: Berita Harian

The post Ya Allah. Mayat Wanita Berulat Tanpa Kepala Ditemui appeared first on SAYALUVISLAM.



✍ Sumber Pautan : ☕ SAYALUVISLAM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2lZu3ZQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.