Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jumlah Banjir Di Terengganu Meningkat Malam Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jumlah Banjir Di Terengganu Meningkat Malam Ini

KUALA TERENGGANU – Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Dungun iaitu Dewan Orang Ramai Kampung Shukor dan Dewan Orang Ramai Pasir Raja yang menempatkan 252 orang daripada 92 keluarga telah ditutup sepenuhnya petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel Che Adam A Rahman berkata ketika ini, hanya satu daerah masih terjejas banjir di Terengganu iaitu Kemaman dengan 13 pusat pemindahan sementara (PPS) yang menempatkan 2,338 orang daripada 564 keluarga malam ini berbanding 1,953 orang daripada 464 keluarga pagi tadi.

Beliau berkata berkata walaupun dua PPS di Kemaman sudah ditutup, penambahan mangsa banjir itu berlaku disebabkan ada kawasan perumahan lain dinaiki air hari ini, kesan daripada limpahan air dari sungai yang berhampiran.

Dua PPS yang ditutup ialah Dewan Orang Ramai Teladas dan Masjid Kampung Batu 16 Tebak, katanya.

“Malam ini dijangka air pasang besar akan berlaku di Kuala Kemaman dan menyebabkan berlaku lagi pertembungan dengan aliran air sungai dari Hulu Kemaman.

“Mungkin akan berlaku peningkatan jumlah mangsa pada tengah malam dan awal pagi nanti sekiranya berlaku limpahan di lebih banyak kawasan malam ini,” katanya.

PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mentok terus merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu 843 orang daripada 189 keluarga berbanding 627 orang daripada 131 keluarga pagi tadi.

Pertambahan mangsa turut berlaku di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman yang menempatkan 299 orang (83 keluarga) dan SK Seri Iman (504 orang daripada 126 keluarga).

Bagaimanapun, jumlah mangsa berkurang sedikit di SK Chukai, Masjid Kampung Batu 14, Dewan Sivik Felda Seberang Tayor dan Surau Kampung Ban Ho di Air Putih.

PPS lain pula kekal tidak berubah iaitu di Surau Pulau Tempurung, Surau Haji Othman di Kampung Seberang Tayor Hulu, Bangunan Pusat Pemindahan Lubuk Megat, Kampung Pasir Gajah, SK Binjai dan Dewan Orang Ramai Batu 14. – BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AAdYiB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.