Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zarina Zainuddin Dihalau Di Lumut - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zarina Zainuddin Dihalau Di Lumut

zarina zainuddin dihalau di lumut

Kredit foto: Instagram Zarina Zainuddin

Aktres, Zarina Zainuddin, kecewa selepas dihalau oleh beberapa peniaga di sebuah lokasi di Lumut, Perak hanya kerana menjual pulut kuning di kawasan berkenaan, beberapa hari lalu.

Zarina berkata, dia dihalang daripada berniaga ketika baru sahaja menjejakkan kaki ke sana dengan alasan kononnya tapak digunakannya sudah disewa orang.

Tambahnya, ketika dia baru tiba di lokasi berkenaan, sepasang suami isteri yang berniaga buah tiba-tiba datang memarahinya.

"Saya baru sampai di sana dan tak tahu nak ke mana. Jadi, saya pun duduk sebentar dengan anak saya, Azil, di tepi bucu. Ada tempat duduk di sana.

"Memandangkan tiada parkir, saya turun dulu, minta adik mencari tempat letak kereta. Tiba-tiba datang sepasang suami isteri, peniaga buah, marah-marah suruh saya angkat pulut," tulisnya dalam kiriman Instagram.

Menyambung cerita, Zarina berkata, dia menganggap pasangan suami isteri itu kurang sopan kerana menjerit di hadapan anaknya yang mempunyai masalah autisme.

Memburukkan lagi keadaan, anaknya jadi tidak tentu arah kerana terkejut. 

Zarina berpendapat, tiada apa yang perlu dirisaukan peniaga di kawasan terbabit memandangkan dia menjual produk yang berlainan.

Sementara itu, Zarina melahirkan rasa kesal dengan segelintir orang Melayu yang mudah berdengki dengan orang lain.

"Kalau berdengki macam ini, sampai bila pun orang Melayu tak boleh maju," cetusnya.

Entri itu sehingga kini telapun meraih lebih 32,000 tanda suka daripada netizen yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib beliau.

Sumber berita: BH Online


✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2AAdXex

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.