Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anggota Polis Ditahan Dipercayai Mencabul - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anggota Polis Ditahan Dipercayai Mencabul


Polis menahan seorang konstabel kerana didakwa mencabul seorang penuntut perempuan sebuah pusat kemahiran di sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohammad Zainal Abdullah berkata, anggota polis itu ditahan di Balai Polis Parit selepas penuntut berumur 20 tahun itu membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar pada pukul 5 petang.

Katanya, sebelum kejadian, anggota polis itu menahan mangsa bersama teman lelakinya kerana berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah kereta di tepi jalan Parit-Seri Iskandar sebelum membawa pasangan itu ke sebuah kedai makan di sini pada 12 tengah hari.

“Ketika berada di kedai makan anggota polis itu didakwa meminta suapan sebanyak RM700 daripada pasangan itu dan memberi tempoh dua minggu untuk mereka jelaskannya jika tidak mahu dia membuat laporan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

"Anggota terbabit kemudian meminta untuk menghantar penuntut terbabit pulang ke pusat kemahiran sebelum mencabul mangsa di dalam keretanya," katanya.

Mohammad Zainal berkata, anggota polis yang telah berkhidmat selama dua tahun itu kini direman empat hari mulai hari ini. Beliau berkata, pihak polis tidak akan melindungi mana-mana anggotanya yang melakukan kesalahan dan tindakan sewajarnya akan dikenakan sekiranya benar mereka bersalah.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BF0INJ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.