Hi! Welcome Back and Stay Tune! Yahudi lebih peka rasuah: Netanyahu dibawah tekanan rakyat Israel - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Yahudi lebih peka rasuah: Netanyahu dibawah tekanan rakyat Israel

Ribuan rakyat protes desak Netanyahu letak jawatan
MALAYSIA DATELINE  -  February 17, 2018 11:57 am
Ribuan rakyat Israel melancarkan tunjuk perasaan  semalam, bagi membantah jenayah rasuah selepas polis menyarankan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu didakwa atas kesalahan berkenaan.

Dalam tunjuk perasaan itu, orang ramai melaungkan pelbagai slogan mendesak pemimpin terbabit meletakkan jawatan di Tel Aviv.

Mereka turut melaungkan kata-kata bantahan apabila salah seorang penceramah dengan sinis memetik kenyataan Netanyahu bahawa beliau tidak bersalah dan tidak akan didakwa.
Netanyahu

AFP melaporkan pada Selasa lalu, polis memanggil Netanyahu, 68 untuk didakwa atas kesalahan rasuah, pecah amanah dan penipuan.

Ia sekali gus menjadikan cabaran terbesar parti berhaluan kanan negara itu sejak memegang tampuk pentadbiran.

Bagaimanapun, beliau berulang kali menafikan dakwaan berkenaan.

Netanyahu berkata, kesemua tuduhan itu bermotifkan politik dan mengenepikan desakan banyak pihak untuk meletakkan jawatan.

Manakala, seorang aktivis dikenali sebagai Abi Binyamin berkata, beliau dan rakyat akan berjuang memastikan Netanyahu melepaskan jawatan Perdana Menteri itu.

Rakyat Israel lebih peka tentang rasuah berbanding rakyat Malaysia?
TMI  -  Diterbitkan pada 17 Feb 2018 2:20PM

DI ISRAEL sekarang rakyat mereka sedang berdemonstrasi menuntut Perdana Menteri mereka Benjamin Netanyahu yang juga rakan sejawat Perdana Menteri Najib Razak kerana terpalit dengan skandal rasuah berjumlah AS$283,000 dari beberapa pihak.

Nama Israel beberapa hari ini agak panas dalam Malaysia kerana kehadiran delegasi mereka masuk ke negara ini dan ianya sesuatu yang menjelekkan bagi kebanyakan pihak.

Tetapi, kalau nak dihitung jumlah yang diterima oleh Netanyahu, nilainya "maha jauh" dengan dakwaan melibatkan wang yang masuk kedalam akaun peribadi Najib Razak iaitu AS$700,000,000 bersamaan 2,473 kali ganda lebih berbanding jumlah yang diterima Netanyahu.

Jika kita melihat bagaimana kebebasan rakyat Israel turun ke jalanraya menuntut pengunduran Netanyahu ia adalah sesuatu yang memeranjatkan. Malah pemimpin mereka sebelum ini yang terlibat dengan salah laku awam telah melalui fasa hukuman pemenjaraan seperti apa yang dilalui Ehud Olmert perdana menteri Israel sebelum Netanyahu.

Jadi punya kewajaran kita untuk berasa marah kepada Zionis dan malu kepada rakyat Israel. Dalam kita berani menyatakan penetengan kepada kehadiran wakil Israel ke dalam negara ini, maka kita juga perlu berani menentang korupsi yang didakwa kepada Perdana Menteri kita atau kepada semua pemimpin kerajaan dan pembangkang yang didapati bersalah.

Bayangkan jika Netanyahu bersalah, alangkah malunya sistem undang-undang dalam negara. Apakah itu gambaran "mereka" lebih telus dari pengamalan undang-undang di Malaysia? 

Dan, jika tidak didakwa sekalipun apakah kita tidak malu dengan hak yang diberikan kepada kita untuk digunakan sebagai mesej kepada pimpinan negara yang menyeleweng seperti mana yang dilaksanakan oleh mereka di Israel.

Khalas. – 17 Februari, 2018.

* Muhammad Syafiq Azmi merupakan Ketua Pemuda Amanah Melaka.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BBjtSd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.