Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lemas: Mayat mangsa kedua ditemukan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lemas: Mayat mangsa kedua ditemukan

KUALA LUMPUR: Satu lagi mayat ditemui awal hari ini dalam operasi pencarian lima orang hilang dikhuatiri lemas ketika memancing di sungai berhampiran Kem Sungai Buloh semalam.

Ini membawa kepada jumlah dua mayat dijumpai setakat ini susulan insiden yang berlaku petang semalam apabila arus deras menghanyutkan mangsa manakala tiga lagi terselamat.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, mayat berkenaan yang lengkap berpakaian ditemui tersangkut pada pokok pada jam 1.26 pagi, kira-kira sembilan kilometer dari lokasi kejadian di Sungai Gasi.

Mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat dan pengecaman.

Mayat pertama ditemui kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian pada jam 9.49 malam tadi.

Polis sebelum ini tidak menolak kemungkinan terdapat lebih ramai mangsa berdasarkan maklumat daripada siasatan awal kejadian mengenai kewujudan beberapa pemancing lain di kawasan itu ketika kejadian.

-- BERNAMA



Sumber Lemas: Mayat mangsa kedua ditemukan

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Cx4h5j

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.