Nurul Izzah Minta Rakyat Tolak Parti Amal Rasuah Di Pulau Pinang
Pakatan Harapan yang dikuasai DAP kini mahu rakyat menolak parti rasuah daripada memerintah negara pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU-14) yang kian terasa bahangnya dan bakal menjelang tidak lama lagi.
Perkara itu disuarakan oleh beberapa pemimpin gabungan pembangkang itu iaitu Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar; Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu; Penasihat DAP seumur hidup, Lim Kit Siang, Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Jagdeep Singh Deo dan juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Jagdeep Singh mendakwa kononnya kerajaan sekarang di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak berkhidmat dan peka dengan permasalahan rakyat.
Kata Jagdeep Singh, ia perlu perubahan dan kepimpinan negara perlu berubah kepada Pakatan Harapan yang dianggotai DAP, PKR, PAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Beliau berkata demikian dalam ucapan di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina DAP Pulau Pinang, semalam.
Sedangkan hakikatnya kerajaan telah melakukan banyak perkara yang memberi manfaat kepada rakyat seperti pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M). Pemberian BR1M merupakan salah satu bukti menunjukkan kerajaan BN prihatin dengan masalah dan kos sara hidup yang dilalui oleh rakyat.
Malah, Exco Perumahan yang juga Adun Datuk Keramat itu juga mendakwa Kerajaan Pusat tidak memenuhi janjinya kepada Pulau Pinang. Beliau mendakwa UMNO dan BN tidak peka dengan permasalahan rakyat.
Manakala, Nurul Izzah pula cuba menggambarkan rakyat Pulau Pinang telah membuat pilihan bijak selepas membuat perubahan sejak 2008 dan mendakwa ia terbukti sehingga kini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai juga cuba menggambarkan negeri Pulau Mutiara itu kini mengalami banyak perubahan dan kononnya menjadi lebih maju selepas pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang diambil alih DAP.
Sementara itu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, hanya rakyat boleh membuat perubahan pada pilihan raya umum akan datang.
Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang pula cuba menggambarkan bahawa sudah banyak yang dilakukan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk kepentingan rakyat negeri tersebut, termasuklah cuba berbangga dengan projek terowong dasar laut yang telah mencetuskan pelbagai kontroversi. –Utaranews.com
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CyENo5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment