Hi! Welcome Back and Stay Tune! KWSP Siasat Punca Kebakaran Di Cawangan PJ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KWSP Siasat Punca Kebakaran Di Cawangan PJ

KUALA LUMPUR, 13 Februari 2018: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menjalankan siasatan dengan segera bagi mengenalpasti punca kejadian kebakaran di cawangan Petaling Jaya dan juga menilai semula langkah-langkah keselamatan ke atas semua bangunan dan cawangan di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata “Kami bersyukur kerana kami dapat menjamin keselamatan kesemua anggota dan pelawat ke cawangan dan pejabat kami. Kami mohon maaf kepada semua yang terkesan oleh kejadian ini dan berterima kasih kepada jabatan bomba yang bertindak pantas dan berjaya mengawal keadaan dalam masa 30 minit.”

Berikutan kenyataan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Keselamatan bahawa api berpunca daripada percikan api ke atas lapisan pelindung bangunan, Datuk Shahril berkata, “Kami prihatin terhadap lapisan pelindung bangunan yang mungkin menjadi penyebab kepada kebakaran merebak dan sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Walaupun kerosakan hanya terhad kepada bahagian luaran bangunan, saya telah mengarahkan supaya cawangan PJ ditutup sehingga semua tindakan diambil bagi memastikan keselamatan bangunan.”

KWSP memberi jaminan bahawa semua perkhidmatan kepada ahli dan majikan tidak terjejas dan transaksi boleh dijalankan seperti biasa di mana-mana cawangan lain di seluruh negara atau secara dalam talian melalui aplikasi mudah alih i-Akaun.

Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kejadian kebakaran, sila layari laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

 

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan dana persaraan terulung Malaysia yang ditubuhkan untuk membantu ahli mencapai simpanan yang cukup untuk persaraan yang selesa.  Ini selaras dengan visi KWSP untuk membantu ahli mencapai masa depan yang baik serta misi untuk melindungi simpanan ahli dan menyediakan perkhidmatan terbaik. KWSP telah berkembang daripada sebuah organisasi berpaksikan transaksi kepada sebuah organisasi pengurusan dana professional dengan tumpuan terhadap jaminan persaraan. KWSP berpandukan rangka kerja tadbir urus yang mantap dan profesional dalam membuat keputusan pelaburan. Ia terus memainkan peranan sebagai pemangkin dalam pertumbuhan ekonomi negara dan bertujuan untuk memupuk budaya menabung dan melabur di kalangan ahli untuk meningkatkan tahap celik kewangan di peringkat negara.



✍ Sumber Pautan : ☕ KWSP: Terkini di KWSP

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sEvDXw

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.