Kisah Tok Mat Turun Dari Kereta, Terus Jaga Jalan Raya
Tindakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan membantu memasang pita keselamatan dan mengawal lalu lintas semasa kejadian pokok tumbang di Jalan Penghulu Cantik Seremban semalam mendapat perhatian pengguna media sosial.
Gambar kejadian tersebut yang dikongsi seorang pemilik akaun Facebook, Juriyati Mat Jalil menerima maklum balas positif orang ramai yang menyifatkan pemimpin tersebut sebagai prihatin dengan keselamatan rakyat.
Dalam kejadian pukul 6.30 petang itu, Mohamad yang kebetulan melalui jalan tersebut telah turun dari keretanya dan memasang pita keselamatan berkenaan ekoran pokok tumbang selepas kejadian hujan dan ribut.
Beliau juga mengawal laluan itu selama kira-kira 10 minit bagi mengelak pengguna kenderaan mengalami kemalangan di kawasan tersebut.
Kisah kerpihatinan Menteri Besar yang dimuat naik di akaun Facebook Juriyati tersebut dikongsi lebih 206 kali oleh netizen.
Seorang pemilik akaun Facebook, Rakima Sulaiman Rakima menyifatkan Mohamad sebagai seorang pemimpin yang mempunyai cara berbeza kerana sanggup turun sendiri menangani masalah tersebut.
"Inilah MB yang saya sangat hormati walaupun saya bukan anak Negeri Sembilan," katanya.
Siti Bear pula memuji sikap dan penampilan Menteri Besar tersebut yang santai semasa kejadian itu sehingga menyebabkan mungkin ramai tidak menyedari beliau pemimpin utama negeri ini. - UTUSAN ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2GoJFi8
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment