Hi! Welcome Back and Stay Tune! Brek Rosak: Harley-Davidson Panggil Balik 251,000 Motosikal Seluruh Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Brek Rosak: Harley-Davidson Panggil Balik 251,000 Motosikal Seluruh Dunia



Pengeluar motosikal Amerika Syarikat (AS), Harley-Davidson, memanggil balik lebih 251,000 motosikal berikutan kemungkinan terdapat kegagalan dalam sistem brek, lapor agensi berita China Xinhua memetik Milwaukee Journal Sentinel semalam.

Penarikan balik itu membabitkan motosikal CVO Touring dan VSRC yang dilengkapi sistem brek anti-kunci, iaitu model dari tahun 2008 hingga 2011. Harley-Davidson, yang mempunyai ibu pejabat di Milwaukee, Wisconsin berkata, tindakan itu akan menyebabkan syarikat berkenaan menanggung kos sebanyak AS$29.4 juta.

Kira-Kira 175,000 daripada motosikal terbabit telah dijual di AS. Masalahnya adalah berkaitan sistem brek anti-kunci yang boleh mengakis dan gagal berfungsi tanpa amaran.

Pada Julai 2016, Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuh Raya Kebangsaan AS mula menyiasat masalah brek itu selepas menerima 43 aduan berikutan laporan berkaitan tiga kemalangan dan dua kecederaan.

Masalahnya adalah berkaitan sistem brek anti-kunci yang boleh mengakis dan gagal berfungsi tanpa amaran, berpunca daripada tindakan sesetengah pemilik yang gagal menggantikan bendalir brek seperti yang dikehendaki setiap dua tahun.

Menurut laporan itu, bendalir tersebut boleh tercemar akibat kelembapan dan mungkin mengakis injap penggerak sistem brek anti-kunci.

✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EA7Ywc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.