Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jika Anda Mengalami Penyakit Campak, Seeloknya Jangan Keluar Dari Rumah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jika Anda Mengalami Penyakit Campak, Seeloknya Jangan Keluar Dari Rumah

Kita selalu diterap dan di ingatkan supaya jangan terlalu kerap pergi ke kawasan yang mempunyai ramai orang. Ini kerana jika anda pergi ke kawasan yang terbuka dan terdapat banyak orang di situ, mungkin risiko anda akan terkena penyakit amat besar sebagai contohnya adalah demam campak. Jika seseorang yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah, mereka akan cenderung mendapat penyakit berjangkit berkenaan.

Jadikan apa yang telah Puan Aima Hassan ini kongsikan tentang penyakit campak dan kita sewajarnya menjadikan semua ini sebagai pengajaran untuk kita semua. Penyakit berjangkit ini sangat merbahaya bagi ibu-ibu mengandung kerana ia dapat memberikan kesan yang tidak bagus terhadap bayi di dalam kandungan.

Mungkin masih ramai masyarakat di luar sana memandang remeh tentang perkara sebegini. Tapi adakah anda tahu kesan-kesan buruk yang akan menimpa anak-anak kita yang lebih mudah untuk di jangkiti penyakit campak.

Seorang perempuan yang hanya ingin dikenali sebagai H. Dia menyatakan yang dia sangat berminat kepada seorang artis yang dikatakan perempuan juga. Dia namakan artis ini M sahaja. Sebaik sahaja dia mendapat tahu artis pujaannya berada di kawasan bandar di mana tempat dia tinggal. Sudah pasti rasa teruja yang teramat sangat. Mana tak nya, artis kesukaan memang teruja tahap gabanlah gamaknya.

Pada masa yang sama, dia juga mengalami German Measles atau lebih sininim dalam masyarakat Malaysia ialah penyakit campak dan dia juga masih dalam tempoh kuarantin. Oleh kerana terlalu teruja untuk menemui artis pujaannya itu dia berfikir kalau tidak jumpa masa sekarang memang rugilah, bila nak dapat kesempatan seperti ini lagi katanya.

Ingin tahu apa yang si H akan buat? Mula-mula dia akan sapukan make up setebal yang mungkin, supaya dapat menutupi ruam-ruam kesan campak itu agar tidak kelihatan. Biar nampak cantik dan flawless. Selepas siap saja touch up dia segera pergi ke tempat artis M berada.

Apabila sampai sahaja di tempat artis pujaan M berada, H nampaknya sungguh gembira dan tidak disangka M sudah benar-benar berada di depan matanya. Mungkin selepas ini dia tidak akan minta apa-apa lagi dari Tuhan,mungkin?

Ada satu perkara yang H tidak tahu. Rupa-rupanya M sedang mengandung. H langsung tidak tahu Msudah bertahun-tahun menginginkan anak sendiri. Sebelum ini juga M sudah mengambil anak angkat seramai tiga orang.

Si H langsung tidak tahu menahu yang penyakit campaknya telahpun berjangkin kepada si M. H juga tidak tahu yang jangkitan itu telah menjangkiti mengikuti rentas uri dan terus menjangkiti bayi di dalam kandungan M. Akibatnya bayi M terlahir cacat akibat dari jangkitan campak itu. H juga langsung tidak tahu menahu bila bayi M terpaksa tinggal di institsi akibat dari keadaannya yang teruk itu. H tidak tahu akan M telah menyalahkan dirinya sendiri dengan apa yang telah ditanggung oleh bayinya itu dan langsung tidak berhati-hati semasa dia sedang mengandung dulu.

Apa yang H tahu, dia sangat berpuas hati sebab boleh berjumpa dengan M walaupun dia dalam keadaan sakit campak. Terdapat banyak perkara yang H tidak tahu dengan apa yang sudah dihadapi oleh M. H juga tidak tahu yang dia akan bercerita dengan bangganya kepada si M, bagaimana dia sanggup melakukan apa sahaja demi berjumpa dengan M walaupun dia dalam keadaan sakit. H langsung tidak tahu yang dialah punca utama bayi M mendapat cacat seumur hidup.

Apa yang paling hebat sekali, H tidak tahu dia akan mati ditangan M akibat perbuatannya berpuluh-puluh tahun yang lalu.

Setelah saya terbaca tentang cerita mereka sekeluarga dan terserempak dengan ibu bapa muda yang sedang menbawa anak mereka yang sedang mengalami penyakit campak (Chicken pox) di khalayak ramai orang. Itu membuatkan saya teringat dengan kisah di atas tadi.

Mungkin kadang kala kita rasa benda yang remeh itu perkara yang kecil saja kan?

“Alah, setakat bawa anak dengan ruam air yang masih merah garang lagi atas kulit di tempat awam, apadehal? Takkan nak tinggal di rumah saja?. Lagipun kita coverlah anak kita ini, supaya tak terkena dengan orang.”

namun jauh di sudut hati kita, bila melihat keadaan anak macam itu, sudah pasti ramai orang yang takut untuk mendekati, kecil pula hati kita lepas itu.

Untuk pengetahuan anda semua, penyakit campak ini tidak semudahnya berjangkit jika bersentuhan terus dijangkiti itu salah. Penyakit campak ini juga boleh tersebar melalui udara. Apabila anda berasa di dalam satu ruang yang sama dengan orang yang menghidapi penyakit campak ini, mungkin risiko anda akan lebih cepat berjangkit.

Ada di antara ibu yang mengandung, belum pasti lagi bayi berkenaan dapat atau tidak divaksinkan. Ada juga antara golongan yang mempunyai sistem imun yang rendah seperti pesakit AIDS,kanser ataupun di bawah rawatan steroid.

Golongan sihat seperti kita ini tidak akan sama dengan golongan-golongan yang mempunyai reaksi terkena jangkitan. Jika golongan yang sistem imun mereka tersangat lemah, apabila dijangkiti mereka mungkin boleh maut atau kurang upaya abadi.

Sumber: Ragamanak.com

The post Jika Anda Mengalami Penyakit Campak, Seeloknya Jangan Keluar Dari Rumah appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CihPSa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.