Menurut Kajian Terdapat 8 Tanda Yang Merbahaya Jika Para Ibu Terlalu Penat Bekerja
Perhatian kepada para ibu yang bekerja, sudah pasti mereka tidak akan menafikan tentang pekerjaan yang telah menjadi kebiasaan merka lakukan untuk setiap hari. Apatah lagi bagi ibu-ibu yang masih mempunyai anak-anak yang masih kecil lagi. Sudah pasti banyak perkara yang harus mereka lakukan tanpa henti.
Walaupun sering saja penat, para ibu masih boleh bergembira kerana itu adalah satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh seorang ibu ataupun isteri rumahtangga.
Rutin seharian yang sering dilakukan adalah, membasuh baju, menjemur baju,basuh pinggan, memasak, mengemas dan banyak lagilah. Setelah semuanya telah selesai dilakukan, barulah para ibu boleh berehat sepuasnya. Banyak perkara yang mereka lakukan tanpa henti sudah pasti terasa penat yang teramat.
Bermula dari pukul 5 pagi para ibu sudah bangun dari tidur untuk memulakan tugas mereka sebagai surirumah dalam menyediakan sarapan untuk ahli keluarga mereka selepas habis menyediakan makanan, si ibu tidak akan sambung tidur mereka,bahkan mereka akan bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja pula.
Setiap hari rutin seperti ini akan dilakukan secara berulang-ulang. Tapi anda juga mesti mengambil berat tentang diri sendiri juga. Jika anda terlampau penat dan mengalami ciri-ciri seperti berikut, sebaiknya anda harus berhenti dan berehat supaya tidak memudaratkan kesihatan anda.
Para suami juga seharusnya memainkan peranan dalam sentiasa memerhati tanda-tanda tidak baik ini terjadi kepada isteri anda. Para isteri mungkin tidak akan duduk diam kerana mereka sudah biasa melakukan pekerjaan itu setiap hari walaupun pada masa yang sama mereka berasa sangat letih. Suami juga haruslah mengambil berat dan prihatin dengan kesihatan isteri dengan memberi peluang untuk isteri berehat.
Mudah lupa
Daya ingatan wanita ini sangat kuat. Tapi,apabila sudah terlalu penat dengan kerja seharian mereka juga boleh mudah lupa di mana mereka letakkan sesuatu barang seperti kunci kereta, beg duit dan sebagainya. Apabila tanda-tanda sebegitu sudah muncul sebaiknya bawalah berehat.
Tidak peduli
Sinonim dengan seorang isteri apabila mereka lebih cerewet dalam sesuatu perkara yang melibatkan urusan rumahtangga. Jika sudah sampai masanya, mereka langsung tidak akan memperdulikan tentang pinggan mangkuk yang penuh di singki, baju-baju kotor yang belum dibasuh.Apa yang mereka fikirkan pada masa itu adalah untuk berehat dengan secukupnya. Suami harus main peranan jika isteri anda sudah tidak peduli dengan semua itu kerana sudah terlalu keletihan yang teramat.
Tidak lena tidur
Oleh kerana tidur yang sentiasa terganggu akibat sering bangun akibat sering terjaga, itu juga menjadi punca utama para ibu mengalami fizikal yang sangat penat dan ia juga boleh mendatangkan tekanan kepada ibu tanpa ada kesudahannya.
Sering marah
Para ibu sangat suka dalam melayani karenah anak-anak mereka. Tapi apabila sudah datang angin monsun yang tidak kena, ibu akan jadi sering marah-marah jika ada melihat kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak. Para ibu juga akan menyuruh anak-anak untuk pergi bermain jauh dan jaga sikap. Peranan si suami adalah bertanya kepada isteri dan menawarkan bantuan. Mungkin sahaja si suami boleh menawarkan diri membuat kerja-kerja rumah ataupun membawa anak-anak pergi bermain di taman supaya ibu ada ruangnya sendiri untuk mendapatkan rehat tanpa ada sebarang gangguan.
Hilang keseimbangan diri
Apabila terasa terlalu penat, para ibu akan sering mengalami pening-pening seperti ingin jatuh. Itu sudah termasuk dalam tanda-tanda yang serius dan boleh memberikan kecederaan. Mungkin disebabkan otot-otot di dalam badan yang letih yang menjadi penyebab si ibu menjadi hilang pertimbangan diri.
Wajah yang pucat dan kusam
Oleh kerana terlalu kuat bekerja seharian, para ibu langsung tidak mempunyai masa untuk merawat diri mereka sendiri. Mlah untuk meletakkan losyen ke muka p[un merek atidak mempunyai kesempatan. Oleh disebabkan itu juga, kulit muka ibu akan menjadi kusam dan tidak bermaya.
Hilang perhatian
Adakah para suami perhatikan isteri masing-masing apabila kamu berbual tetapi isteri seperti tidak memberikan perhatian kepada perkara yang dibualkan. Ada kalanya si isteri seperti malas hendak berbual dan mereka hanya mahu baring dan berehat. Para suami janganlah marahkan isteri ya, itu semua disebabkan mereka hanya rasa terlalu letih sehingga malas untuk melayan sesuatu perkara.
Mudah tertidur
Kebiasaannya para ibu boleh saja berjaga pada waktu malam sambil menonton televisyen,tapi bukan dia yang menonton, tetapi televisyen yang menonton dia. Ini kerana si isteri mudah mengantuk tidak kira pada tempatnya. Jika si suami melihat keadaan isteri sebegitu, seelok-eloknya suruhlah isteri anda itu untuk pergi berehat seketika untuk dapatkan tenaga kembali.
Suami dan isteri mempunyai peranan yang sangat besar dalam sebuah hubungan kekeluargaan. Saling lengkap melengkapi. Sama-sama bantu membantu antara satu sama lain. Eratkan perhubungan dengan saling bertolak ansur dalam sesuatu perkara. Si suami juga hendaklah selalu menolong isteri melakukan kerja rumah, supaya ringanlah sikit beban isteri.
Sumber: Ragamanak.com
The post Menurut Kajian Terdapat 8 Tanda Yang Merbahaya Jika Para Ibu Terlalu Penat Bekerja appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2EqLq1x
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment