Google Boleh Meramalkan Penyakit Jantung Dengan Hanya Mengimbas Mata Anda
Google merupakan salah satu syarikat yang membuat pelaburan tinggi dalam arena kecerdasan buatan – dimana bukan sahaja untuk digunakan pada industri perkomputeran, tetapi juga pada perubatan dan sebagainya.
Kini, melalui kertas kajian yang diterbitkan oleh Google dan Verily (subsidiari dibawah Alphabet untuk perubatan), mereka dilihat membangunkan sokongan kecerdasan buatan yang boleh meramalkan penyakit berkaitan jantung dengan hanya mengimbas mata pesakit.
Dengan menganalisa imbasan mata, ia dilihat akan membolehkan akses kepada data seperti tekanan darah, umur, dan menentukan sama ada seseorang itu menghisap rokok atau tidak. Data ini seterusnya boleh dihimpunkan untuk meramalkan risiko berkaitan penyakit jantung.
Analisa dan algoritma ini sekaligus memudahkan doktor untuk membuat pengiraan risiko untuk seseorang pesakit tanpa perlu membuat ujian darah dan sebagainya.
Penggunaan kecerdasan buatan ini sekaligus memperlihatkan apa yang boleh dibawakan oleh teknologi dalam mendiagonosis dan membantu dalam bidang perubatan.
Saintis di Google dan Verily dilaporkan telah mengkaji algoritma ini dengan set data daripada hampir 300,000 pesakit. Ia dikatakan, algoritma ini boleh meramalkan dengan baik pada sekitar 70% daripada masa ujian dijalankan.
Seperti biasa, ia masih pada peringkat awal lagi, dan memerlukan lebih banyak latihan data dan kajian sebelum ia digunakan dalam analisa perubatan – yang mana mungkin mengambil masa berdekad lagi.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ES2ZXD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment