Rafizi Ramli dan Razak Baginda
ADAM A. KADIR 18 FEBRUARI 2018
SEJAK kecil lagi saya sudah mendengar ungkapan ‘loyar buruk’. Ia difahami sebagai seseorang yang lantang memperkatakan sesuatu, baik benar mahupun tidak, tetapi tidak meninggalkan sebarang kesan. Kalau adapun, pihak atau perkara yang diperkatakan hanya diberikan perhatian ringan. Itu saja. Dengan kebimbangan itu, saya kali ini cuba memperkatakan sesuatu yang berasaskan undang-undang, semoga tidak dianggap loyar buruk. Dengan berkelulusan Sarjana Undang-Undang atau LLM dari Universiti London, salah sebuah universiti terkemuka di dunia, saya bolehlah dikatakan tahu sedikit mengenai undang-undang: betapa susah dan betapa licinnya kelok-keloknya.
Berita yang baru tersiar mengatakan penasihat mantan Presiden Korea dikenakan hukuman penjara selama 20 tahun kerana terlibat dalam rasuah 20 juta dolar, sedangkan Presiden itu sendiri sudah lama hilang jawatan kerana calitan rasuah yang dilakukan oleh pembantu-pembantunya. Perdana Menteri (PM) Israel Natanyahu pula sedang didakwa kerana rasuah. Beliau begitu terancam, walaupun banyak perkara-perkara baik dilakukan untuk negaranya. Tentu sekali beliau tidak mahu mengulangi nasib bekas PM Olmert, yang dipenjara kerana rasuah. Olmert pernah mengganti Natanyahu dulu selepas Natanyahu menjadi PM Israel buat pertama kali.
Lihat kes PM Thaksin di Negeri Thai dan Presiden Brazil, begitu juga Presiden Peru, usah disebut gabenor-gabenor wilayah di Indonesia. Di Amerika Syarikat (AS), undang-undang menjadi senjata untuk menjatuhkan orang-orang yang berkuasa; bertindak dan bertindak balas; membetulkan yang salah. Sudahlah undang-undang jenayah amat ketat (pembunuhan dan rasuah, umpamanya), undang-undang gangguan seks pula menjadi-jadi walaupun kes sudah berlaku berpuluh tahun. Dalam undang-undang sivil, bab yang selalu diungkit ialah First Amendment, atau Pindaan Pertama kepada perlembagaan AS yang khusus mengenai kebebasan bersuara. Kalau Natanyahu menegaskan kepada dunia bahawa tidak ada manusia yang mengatasi undang-undang di Israel, di AS pula hakikat itu sedang berlaku.
Televisyen AS,baik yang boleh ditonton di Malaysia atau di AS – jumlahnya ribu-ribu kecil besar setiap hari memperkatakan dalil dan dalih Presiden Trump melanggar undang-undang. Prinsip kebebasan bersuara menurut perlembagaan AS digunakan seluas-luasnya. Presiden Trump tidak boleh berbuat apa-apa. Beliau hanya mampu menghentam dan memperlekehkan media dan pihak yang terlibat melalui ucapan dan Twitter. Bagaimanapun, segala tuduhan tidak akan sampai ke mana jika tiada dakwaan rasmi oleh pihak pendakwa menurut perlembagaan negara. Di sini, kuasa mendakwa dalam kes jenayah terletak dalam tangan Peguam Negara. Jika beliau mendakwa, sesuatu kes itu akan berjalan. Jika tidak, ia hanya tinggal sebagai bahan percakapan.
Sebagai mantan Presiden Senat, yang dianggap sebagai pembuat nombor satu undang-undang negara, saya pernah ditanya oleh Peguam Negara, kini sudah mantan, sama ada saya sudah bertanya kepada bosnya, perdana menteri, tentang perkara yang kita perkatakan. Jelaslah, di mana letaknya kuasa terakhir. Hakim pula berperanan mutlak. Tidak mengejutkan Rafizi Ramli dikenakan hukuman penjara 30 bulan kerana mendedahkan kerahsiaan akaun bank. Sebaliknya, jika hakim mencakupkan hujah keputusan itu kepada nilai moral salah laku wang rakyat RM250 juta itu, maka keputusan itu boleh dijadikan asas untuk mendakwa pihak pesalah laku itu pula.
Contoh dua hakim AS ini boleh dipakai di sini. Hakim John Silica bertindak semacam pendakwa apabila beliau menggertak dan memberi amaran, berjaya mendapat fakta tersorok yang akhirnya memaksa Presiden Nixon meletak jawatan pada tahun 1974. Hakim Rosmarie Aquilina luar biasa sekali membuat hukuman ke atas Dr Nassar kerana salah laku seks ke atas ramai gadis-gadis di bawah jagaannya. Beliau berkhutbah tentang moral, etika, adab, tertib dan tanggungjawab sebelum menjatuhkan hukuman 165 tahun penjara. "Ini hukuman mati", katanya. Akhir-akhir ini timbul lagi di media sosial kes pembunuhan Altantuya yang berlaku pada Oktober 2006 di sebuah hutan dekat Kelang. Ia adalah ekoran program 101 East TV Aljazeera yang disiarkan pada 3 November, 2017. Kopral Sirul yang kena hukuman mati kini melarikan diri di Australia. Kalangan peguam tertanya: "Macam mana beliau boleh terlepas ke sana selepas dihukum mati oleh mahkamah tertinggi negara?" Ini kerana Australia tidak akan menghantar Sirul balik ke Malaysia kerana negara ini mengamalkan hukuman mati. Ramai percaya, Sirul mendapat nasihat guaman.
Bagaimanapun, tragedi Altantunya itu berpunca daripada pembelian tiga kapal selam berharga 1.2 bilion Euro (l.k.RM5 bilion): dua ‘scorpene’ dari Perancis (baru), satu Agosta (sudah dipakai). Dek hendak mendapatkan bahagiannya dari komisen orang tengah yang jadi kekasihnya , Altantuya maut paling mengerikan. Bagaimana jikalau kapal-kapal selam itu dibeli langsung tanpa komisen daripada penjual Perancis oleh Kementerian Pertahanan Malaysia, ditangani bersama Kementerian Kewangan, tanpa melibatkan Abdul Razak Baginda? Mungkin Altantuya masih hidup.
Rafizi Ramli - Foto Sinar Harian oleh AFIQ RAZALI

✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CzaOMY
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment