Hi! Welcome Back and Stay Tune! HISBAH tidak buta, sebaliknya ramai “rakyat Malaysia yang buta” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

HISBAH tidak buta, sebaliknya ramai “rakyat Malaysia yang buta”

Ezam: Kamu rela dipanggil bangsa 'goblok'?
mk  -   Hari ini, 12:16 pm
Bekas senator Mohamad Ezam Mohd Nor menolak dakwaan NGO dipimpinnya Hisbah Centre for Reform membisu terhadap dakwaan rasuah di negeri bukan BN, khususnya Selangor.

Katanya, HISBAH tidak buta, sebaliknya ramai “rakyat Malaysia yang buta” dan gagal melihat proses siasatan yang didakwanya berbeza berbanding kes melibatkan pusat.

“Tidakkah mereka melihat proses siasatan berlaku pantas di negeri-negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang dan lembap dan sama sekali tidak berlaku kalau kesnya membabitkan Putrajaya?” katanya.

Dalam kenyataan dari Yogyakarta, Indonesia, Ezam berkata prinsip paling penting dalam menegakkan keadilan adalah memastikan proses siasatan,dakwaan,tangkapan dan hukuman pantas dan telus.

Katanya, prinsip itu selari dengan sunah Rasulullah SAW yang berikrar untuk menghukum puterinya sendiri Fatimah jika mencuri.

“Justeru apabila ada dakwaan rasuah di Selangor, HISBAH tidak perlu melalak kerana jelas proses pengadilan akan berlaku pantas di Selangor.

“Lihatlah apa yang berlaku di Pulau Pinang. Malah Hisbah mendapat maklumat, diSelangor tanpa dakwaan pun hampir setiap minggu dan bulan pasukan penyiasat menggeledah pejabat MB dan kerajaan negeri!”

“Justeru kebimbangan perlanggaran prinsip menidakkan proses pengadilan yang dikecam oleh Rasulullah SAW tidak timbul di Selangor,” kata bekas anggota Umno yang kembali lantang mengkritik kerajaan itu.

Sementara itu, Ezam berkata, HISBAH dan warga Malaysia yang cerdik dan tidak buta lebih bimbangkan terhadap proses pengadilan yang “tidak berlaku” dalam kes-kes dikaitkan dengan perdana menteri dan Putrajaya.

Dakwanya, pihak seperti hartawan Jho Low dan Reza Aziz, anak isteri perdana menteri Rosmah Mansor, tidak disiasat sama sekali.

“Ini jelas bertentangan dengan semangat dan prinsip sumpah Rasulullah SAW yang dipegang kuat oleh HISBAH sebagai asas perjuangan kami,”katanya.

Ezam membandingkan suasana di Indonesia yang menyaksikan berpuluh puluh menteri dan gabenor serta keluarga mereka disiasat, didakwa dan ada yang sudah dipenjara.

“Kita sering bodoh dan goblogkan orang jawa di Indonesia. Sekarang mereka jauh ke hadapan. Malah mereka sekarang hairan melihat kebodohan dan kebejatan yang berlaku di negeri kita.

“Kok maling paling besar di dunia ini masuk makam dan Kaabah dijulang bersih dan hebat?

“Soalan HISBAH pula kepada yang mengata HISBAH bisu. Apakah mereka buta dan sedia dipanggil bangsa yang bodoh dan goblok (bodoh) kerana membiarkan seorang PM yang seperti ini terus menjadi PM?”


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Cx8vtz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.