Takkah 'terkejut beruk' bila masih ada kehidupan sedaif ini di masa pemimpin sembang kencang seantero dunia?
Nelayan miskin di negeri kaya
Radzi Razak · Diterbitkan pada 18 Feb 2018 7:00AM
Mohd Faizal Abdullah, 40, adalah antara nelayan kecil tidak berlesen yang setiap hari melanggar peraturan semata-mata untuk meneruskan hidup. Dia bersama isteri, Siti Aisyah dan anak bongsu mereka, Umar, berumur 6 tahun meranduk selut di pantai Sungai Sembilang untuk mengutip kerang. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Februari, 2018
NELAYAN di Kuala Selangor mengeluhkan sikap pilih bulu pihak berkuasa memberi lesen menangkap ikan dan kerang kepada pihak tertentu secara berleluasa, sehingga mengabaikan golongan miskin yang lebih memerlukan.
Mereka mendakwa "nelayan" yang mendapat lesen itu tidak turun ke laut sebaliknya menyewakan lesen kepada pihak ketiga.
Ini memaksa nelayan miskin tidak berlesen mengambil risiko turun menangkap kerang secara kecil-kecilan untuk menyara hidup sekeluarga.
Walaupun menjadi kesalahan di bawah peraturan perikanan mengutip benih kerang tanpa lesen, kira-kira 50 nelayan pinggir pantai tidak berlesen dari Jeti Sungai Sembilang aktif memungut kerang sebagai punca rezeki, kata pemimpin nelayan setempat.
Mohd Faizal Abdullah, 40, adalah antara nelayan kecil tidak berlesen itu yang setiap hari melanggar peraturan semata-mata untuk meneruskan hidup.
Isnin lalu, pagi-pagi lagi Faizal bersama isteri, Siti Aisyah dan anak bongsu mereka, Umar, berumur 6 tahun meranduk selut di pantai Sungai Sembilang untuk mengutip kerang.
Kerang yang dipungutnya baru setengah karung guni ketika anggota polis tiba-tiba datang dan menahannya kerana didakwa menceroboh ladang kerang milik penternak berlesen.
Tiga beranak itu dibawa ke Balai Polis Jeram sebelum dibebaskan pada petang yang sama. Tetapi mereka diminta datang ke pejabat Jabatan Perikanan Malaysia di Tanjong Karang, 25 km dari tempat kejadian, keesokan harinya untuk "berbincang menyelesaikan masalah".
"Saya nak cari makan saja, bukannya saya kacau orang," kata Faizal kepada The Malaysian Insight.
Katanya, sudah lima tahun dia jadi nelayan pinggir laut di kawasan itu dan itulah kali pertama ditahan polis dengan tuduhan "menceroboh dan mencuri kerang".
"Kerang yang saya kutip hampir 20 kilogram semuanya dirampas. Dua tangguk yang saya pakai untuk cari kerang pun diambil sekali," katanya menahan sebak.
"Saya yakin saya tak salah sebab saya tak masuk kawasan mereka," tambah Faizal merujuk kepada pembahagian kawasan kerang antara ladang ternakan yang bertuan dan kawasan rizab yang terbuka.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kuala Selangor mengesahkan kes ini yang kini sudah ditutup, namun tuan punya kebun kerang masih belum menarik balik laporannya.
Rumah kecil di tengah ladang kelapa sawit
Faizal merupakan antara nelayan paling miskin di Kuala Selangor, kawasan yang diwakili oleh Ahli Parlimen Irmohizam Ibrahim yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysian (KLIM).
Rumah Mohd Faizal Abdullah ternampak seperti sebuah kotak daripada zink dan kayu terpakai, ditutup dengan lapis-lapis perca plastik dan banting iklan. Luasnya tidak sampai 3 meter persegi: 1.5 meter tinggi x 1.8 meter lebar x 1.6 meter panjang. Rumah itu tidak berpintu, hanya ditutup dengan plastik bekas banting iklan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Februari, 2018
Kunjungan The Malaysian Insight ke kediamannya di Kampung Batu 18, Jeram disambut sesuatu yang mengejutkan – dan mengharukan.
Rumahnya ternampak seperti sebuah kotak daripada zink dan kayu terpakai, ditutup dengan lapis-lapis perca plastik dan banting iklan. Luasnya tidak sampai 3 meter persegi: 1.5 meter tinggi x 1.8 meter lebar x 1.6 meter panjang. Rumah itu tidak berpintu, hanya ditutup dengan plastik bekas banting iklan.
"Inilah rumah saya. Tengoklah, kalau hujan... basah," katanya.
Menurut Faizal, dia sekeluarga – termasuk empat lagi anaknya yang sekarang di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat – sebelum ini menumpang teduh di tepi bangunan milik sebuah resort dekat pantai.
Dua tahun lalu, pemilik ladang kelapa sawit mempelawa dia sekeluarga untuk tinggal di tanahnya yang lebih terlindung dan selamat.
Empat anaknya kemudian ditempatkan di Asrama Yayasan Membasmi Kemiskinan di Selayang untuk meneruskan persekolahan kerana dia sendiri tidak mampu untuk menyekolahkan mereka. Anak-anaknya kini masing-masing dalam Tahun 1, 2, 3 dan 4.
"Kalau ada rezeki saya akan melawat mereka di Selayang," kata Faizal yang berasal dari Kapar, Selangor.
Tetapi Faizal juga mengadu tempat tinggalnya sekarang pun tidak begitu selamat. Motosikal buruknya pernah dicuri. Tong gas untuk isterinya memasak pun pernah dicuri dan pernah juga dirosakkan. Sampan kotak yang dibuatnya sendiri – yang dipanggilnya "tongkang" – pun pernah dirosakkan oleh "budak-budak nakal".
Faizal bersama sampan kotak yang dibuatnya sendiri – yang dipanggilnya 'tongkang'. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Februari, 2018
"Kadang-kadang waktu malam saya menangis fikirkan kenapa orang ganggu saya cari rezeki. Saya tak kacau apa-apa," katanya, yang baru memeluk Islam sekeluarga tidak sampai setahun lepas.
Dengan pelantar kayu yang dipanggilnya tongkang itulah Faizal mengutip rezeki di pinggir pantai di Kampung Batu 18. Dia tidak mampu untuk ada sebuah bot, apalagi memohon lesen untuk jadi nelayan di kawasan itu.
Kutip kerang perlu lesen
Lebih kurang lima kilometer persegi kawasan di Kampung Batu 18 itu ditetapkan oleh Jabatan Perikanan sebagai rezab semulajadi kerang, termasuk tiga lot milik penternak kerang. Kawasan ini ditandakan dengan pancang besi dan kayu sebagai sempadan pemisah antara lot persendirian dan tanah awam.
Rezab semulajadi kerang, termasuk tiga lot milik penternak kerang ditandakan dengan pancang besi dan kayu sebagai sempadan pemisah antara lot persendirian dan tanah awam. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Februari, 2018
Sebelum ditangkap polis, Faizal berkata beliau bertengkar dengan pemilik salah sebuah daripada tiga lot kerang persendirian yang mendakwa dia menceroboh kebun kerangnya.
Faizal menafikan tuduhan itu.
"Tak ada sebarang tanda yang kata itu tempat lot dia. Kalau ada tanda saya tak masuk," katanya.
Pemilik lot itu kemudian meminta polis campur tangan, membantu menasihati Faizal untuk tidak menceroboh kebun kerangnya, bukan untuk mendakwa mereka sekeluarga mencuri. Hanya menasihati.
Pada pagi Isnin itulah, Faizal bersama isteri dan anaknya yang berumur 6 tahun ditahan polis. Pada petang yang sama, mereka dibebaskan. Pada pagi esoknya, diadakan satu perbincangan antara Faizal dan tuan kebun kerang bersama pegawai Jabatan Perikanan serta wakil jawatankuasa kecil kampung.
Pertemuan itu berlangsung dalam suasana yang agak tegang.
Pada akhir perbincangan, tuan kebun kerang setuju untuk memasang papan tanda bagi memastikan orang tahu bahawa itu kawasan persendirian.
Bukan kes terpencil
Wakil JKKK yang hadir dalam perbincangan itu memberitahu The Malaysian Insight, berdasarkan maklumat yang ada pada pihaknya, kes seperti Faizal ini bukan yang pertama.
Abdul Shukor Mohamad, wakil JKKK yang juga seorang nelayan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 18 Februari, 2018
"Bukan dia seorang yang dah kena tangkap dan ganggu oleh pihak berkuasa, malah sejak tahun lalu, 7-8 nelayan dah terlibat," kata Abdul Shukor Mohamad, juga seorang nelayan.
Menurut Shukor, nelayan miskin seperti Faizal tidak dapat lesen nelayan kerana alasan yang macam-macam termasuk kononnya lesen masih dibekukan.
"Tapi kami tahu ramai juga pada masa yang sama dapat dan ramai juga yang dapat lesen tapi tak turun ke laut langsung.
"Cuba tengok bila ada lawatan menteri, ada bantuan atau elaun untuk nelayan, mereka ini akan datang, termasuk ada yang sudah tak boleh berjalan.
"Kita tahu ramai mereka itu memang tak pernah turun laut sekalipun," katanya.
Ditanya siapa mereka yang dapat lesen tetapi tidak turun ke laut itu, Shukor menjawab pendek: "Kroni, untuk tujuan politik."
Tinjauan ke kawasan Sungai Sembilang sebelum ini menemukan The Malaysian Insight dengan sepasang nelayan suami isteri yang ke laut memakai baju-T dengan logo Barisan Nasional (BN).
"Ramai yang tiada lesen pakai baju macam ini pergi tangkap ikan," kata lelaki dalam lingkungan 40-an itu yang enggan namanya didedahkan.
Menurut lelaki itu, dia dan isterinya sudah 10 tahun menangkap ikan tetapi sampai sekarang masih belum dapat lesen. Katanya, ramai nelayan sepertinya percaya dengan memakai baju-T BN mereka tidak akan didenda kalau ditahan oleh pihak berkuasa.
Seorang lagi wakil JKKK yang juga nelayan, S Selvam memberitahu pihaknya sudah berkali-kali mengadu dan mengajukan masalah tersebut kepada pihak berkuasa, namun sehingga sekarang masih belum juga diatasi.
"Kita hanya boleh tolong dengan hebahkan perkara ini. Ini bukan masalah besar, ini masalah yang boleh diselesaikan.
"Kalau jabatan dan kementerian turun ke sini dan lihat sendiri bagaimana hidup nelayan di sini. Kita bukan nak tipu mereka hidup susah macam mana. Buat apa kita tipu," kata beliau.
The Malaysian Insight difahamkan masalah ini ada dalam pengetahuan pejabat perikanan daerah dan negeri. Pihak jabatan selama ini tidak menguatkuasakan larangan kepada pemungut kerang tanpa lesen kerana sedar hasil kerang itu jadi punca rezeki mereka.
"Permohonan lesen setakat ini memang dibekukan oleh jabatan kerana ia ada kaitan dengan sumber bekalan hasil laut yang ada di daerah ini," kata pegawai perikanan itu yang enggan namanya didedahkan kerana tidak diberikan kuasa bercakap kepada media.
Seorang sumber agensi lain juga memberitahu The Malaysian Insight dakwaan wakil JKKK bahawa ada nelayan yang dapat lesen tetapi tidak pernah turun ke laut itu juga betul.
"Jabatan boleh buat tindakan sekiranya ada aduan dan bukti yang disampaikan kepada pihak jabatan," kata sumber itu.
Jelas sumber itu, nelayan yang mempunyai lesen sah daripada jabatan perikanan layak menerima pelbagai keistimewaan yang diberikan oleh kerajaan termasuk diskaun bahan api, bantuan membeli bot serta elaun bulanan. – 18 Februari, 2018.

✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2CAouai
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment