Firefox Versi 59 Untuk Android Kini Berfungsi Sebagai Aplikasi Bantuan
Mozilla telah memperkenalkan projek Quantum untuk Firefox pada November 2017 yang lepas. Versi Firefox kini sudah mencapai kepada versi yang ke-59 untuk PC dan Android. Firefox 59 pada PC membawa penambahbaikan seperti masa pemuatan laman web dan grafik yang lebih pantas. Manakala Firefox 59 untuk Android membawa ciri baru iaitu boleh berfungsi sebagai aplikasi bantuan.
Aplikasi bantuan ialah ciri mengakses aplikasi secara pintas dengan menekan butang Home beberapa saat. Jika ciri ini diaktifkan pada Firefox, ia akan menggantikan akses pintasan Google Assistant pada butang Home.
Antara ciri baru lain pada Firefox 59 untuk Android adalah seperti berikut:
- Sokongan HLS iaitu penstriman HTTP secara langsung dengan penambahbaikan keserasian mainan video pada laman web.
- Kemaskini beberapa isu sekuriti
- Penambahbaikan sekuriti untuk Firefox Private Browsing Mode bagi mengelak kebocoran data.
- Laman “about:” dibuang dan digantikan dengan dialog “About Firefox”.
- Mengunci mod melintang pada pemain video.
Pengguna boleh memuat turunnya di Google Play Store untuk mendapatkan pelayar web versi baru ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FW2DQi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment