Google Akan Mengharamkan Pengiklanan Berkaitan Kriptowang Pada Platform Mereka
Facebook sebelum ini telah menghalang pengiklanan berkaitan kriptowang pada platform mereka, dan kini Google turut akan melakukan perkara sama.
Melalui kemaskini polisi baru yang diumumkan hari ini, Google akan menghalang iklan berkaitan kriptowang pada platform mereka bermula Jun 2018 kelak.
Halangan ini turut akan melibatkan iklan berkaitan laman pertukaran kriptowang, ICO, dompet kriptowang, dan pelbagai kandungan lain berkaitan dengan kriptowang.
Dengan kedua-dua gergasi pengiklanan digital mengumumkan halangan terhadap iklan berkaitan kriptowang ini, kita mungkin akan turut melihat beberapa pihak lain mengikut jejak dalam waktu terdekat ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FBmBkl
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment