Hi! Welcome Back and Stay Tune! Uber Malaysia Melancarkan Green Light Hub – Pusat Sokongan Untuk Para Pemandu Uber - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Uber Malaysia Melancarkan Green Light Hub – Pusat Sokongan Untuk Para Pemandu Uber

Uber Malaysia hari ini melancarkan pusat sokongan Green Light Hub (GLH) di Petaling Jaya untuk memberi bantuan tambahan kepada para pemandu Uber di kawasan Lembah Klang.

Menurut Karina Ali Noor, Pengurus Besar Pengembangan Uber Malaysia, pejabat pemandu Uber Malaysia sebelum ini menerima 800 hingga 1000 pemandu Uber setiap minggu, dan ramai daripada mereka datang untuk mengadu tentang isu-isu tertentu.

 

Pusat GLH ini dilengkapi dengan 20 kaunter pertanyaan untuk para pemandu Uber, tempat letak kereta yang mencukupi dan untuk Uber Malaysia, mereka akan cuba untuk menyelesaikan 90 peratus daripada masalah-masalah yang dihadapi oleh para pemandu Uber dalam satu lawatan mereka ke pusat GLH ini.

Dalam pada itu, pusat GLH ini juga mempunyai kawasan yang boleh digunakan oleh rakan kongsi Uber Malaysia untuk mempromosi barangan/perkhidmatan mereka.

Uber Malaysia juga menyatakan bahawa mereka akan memperbaiki lagi pelbagai perkara dari segi sokongan, pendapatan dan fleksibiliti untuk para pemandu mereka.

 

Ini termasuklah pampasan RM20 setiap bulan untuk para pemandu yang membersihkan kereta mereka, dan mereka tidak akan diminta untuk menunjukkan resit untuk layak untuk pampasan ini.

Aplikasi Uber juga telah dikemaskini, dan untuk pengguna Uber, mereka kini boleh melihat warna kereta selain daripada model dan nombor plat, yang akan lebih memudahkan lagi penumpang untuk mencari kenderaan Uber mereka.

 

Ciri Share My Trip kini juga dilanjutkan kepada para pemandu Uber, dan mereka boleh kongsi perjalanan mereka dengan lima orang lain pada masa yang sama.

Satu lagi ciri yang dilanjutkan kepada pemandu ialah mereka kini boleh melihat nama penumpang apabila pengguna Uber menggunakan akaun mereka untuk menempah perjalanan Uber untuk orang lain.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FBSauk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.