Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fitbit Versa Akan Ditawarkan Pada Harga Bermula RM990 Di Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fitbit Versa Akan Ditawarkan Pada Harga Bermula RM990 Di Malaysia

Fitbit semalam telah memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka, Fitbit Versa. Ia hadir dengan sistem operasi Fitbit OS 2.0, bersaiz kompak, dan menawarkan masa penggunaan bateri sehingga 4 hari lamanya.

Jam tangan pintar Fitbit Versa ini menggunakan skrin 1.34-inci dengan rekaan segi-empat, storan sebesar 4GB. Berbeza dengan jam tangan pintar lain, Fitbit Versa ini tidak menyertakan cip GPS padanya, dan bergantung kepada integrasi dan hubungan bersama telefon pintar.

Fitbit Versa

Lanjutan daripada pelancaran semalam, kini Fitbit turut berkongsi lanjut mengenai penawaran jam tangan berkenaan untuk pasaran tempatan. Fitbit Versa akan memasuki pasaran tempatan pada suku kedua 2018 ini. Dua variasi akan ditawarkan, iaitu Fitbit Versa dan juga Fitbit Versa SE. Ia bakal ditawarkan melalui penjual tempatan seperti All IT Hypermart, AONE Plus, Best Denki, Harvey Norman, Timekeeper, Thunder Match Technology, dan juga Lazada.

Fitbit Versa akan ditawarkan pada harga RM990, sementara Fitbit Versa SE yang hadir dengan sokongan Fitbit Pay akan ditawarkan pada harga RM1120. Beberapa aksesori untuknya turut akan ditawarkan bersama-sama jualannya kelak.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FxqmHn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.