Hi! Welcome Back and Stay Tune! YouTube Akan Memaparkan Pautan Maklumat Sahih Di Bawah Video Teori Konspirasi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

YouTube Akan Memaparkan Pautan Maklumat Sahih Di Bawah Video Teori Konspirasi

Bumi adalah rata, Michael Jackson ialah seekor makhluk asing, dan manusia tidak pernah mendarat di bulan ialah tiga teori konspirasi yang amat popular. Sejak kebelakangan ini semakin banyak video konspirasi di video kerana ia boleh mendapat tontonan yang tinggi sekaligus menjana pendapatan yang tinggi kepada pemilik saluran. Masalahnya ialah teori-teori “alternatif” ini tidak berpijak di bumi yang nyata dengan fakta yang tidak sahih.

Bagi menentang masalah maklumat yang tidak sahih tersebar pada platform mereka, YouTube akan memaparkan pautan ke maklumat sahih di bawah video dengan kandungan teori konspirasi ini. Ini diumumkan oleh CEO YouTube, Susan Wojcicki di acara SXSW yang sedang berlangsung sekarang. Maklumat yang dipaparkan akan diambil dari laman Wikipedia. Apabila ditekan ia akan memberikan maklumat yang betul kepada penonton video. Fungsi ini akan diperkenalkan dalam masa beberapa bulan dari sekarang.

Penyebaran maklumat yang tidak sahih sekarang semakin pantas kerana semudah menekan satu butang di platform media sosial. Apa yang cuba dilakukan oleh YouTube ini menarik tetapi dari pengalaman peribadi penyebaran video tular tidak sahih lebih serius di Facebook dan WhatsApp yang tidak mempunyai sistem yang sama seperti yang dilakukan oleh YouTube ini.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Gq74Rt

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.