Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Mula Menghalang Akses Kepada GApps Pada Peranti Yang Tidak Menjalani Proses Android Certified - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Mula Menghalang Akses Kepada GApps Pada Peranti Yang Tidak Menjalani Proses Android Certified

Program Android Certified diperkenalkan bagi memastikan peranti Android yang digunakan melepasi standard kualiti dan keselamatan. Tetapi terdapat banyak peranti murah dari pengeluar kurang ternama yang tidak melakukannya. Sebaliknya aplikasi GApps seperti Google Play Store dan Google Play Services dipasang secara sideloading.

Menurut laporan XDA, Google sudah mula menghalang pengguna melog masuk kepada perkhidmatan mereka pada peranti yang tidak bertauliah ini. Amaran akan terpapar pada skrin apabila pengguna cuba melog masuk. Apa yang dilakukan Google ini adalah baik bagi pengguna biasa yang mungkin risau tentang keselamatan data peribadi mereka tetapi menyusahkan pembangun serta pengguna custom ROM.

Halangan ini akan hanya muncul selepas percubaan log masuk ke peranti dilakukan selepas 16 Mac. Jika anda menggunakan peranti yang tidak bertauliah sebelum ini dan telah melog masuk, akses masih belum dihalang setakat ini.

Mereka yang menggunakan custom ROM turut menerima amaran ini walaupun menggunakan peranti yang bertauliah seperti Pixel. Bagi golongan ini mereka dibenarkan mendaftarkan akaun mereka kepada peranti tersebut dengan had sebanyak 100 kali. Ini berita yang kurang enak bagi mereka yang kerap bertukar-tukar ROM.

Bagi pembaca yang ingin mengetahui status peranti mereka, anda boleh pergi ke dalam Play Store. Sila ke bahagian Settings dan tatal ke bawah dan mencari Device Certification. Peranti yang selamat digunakan akan mempunyai perkataan Certified manakala sebaliknya akan mempunyai perkataan Uncertified.

Baca – Senarai lengkap pengeluar yang menjalani proses Android Certified [/baca]

✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2GphlzO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.