Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siti tunai janji papar wajah anak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siti tunai janji papar wajah anak

PENYANYI kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunaikan janji dengan memaparkan wajah puterinya di Instagram milik beliau sebentar tadi.

Malam ini Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa akan mengumumkan nama anak mereka itu.

“Bismillahirrohmanirrohim, saya dan suami ingin memperkenalkan anakanda kami kepada semua yang menanti-nantikan detik ini.

“Hari ini adalah hari ketujuh usia kelahiran anakanda kami yang kami namakan dengan gelaran Fatimah Az-Zahra selama seminggu ini.

“Inilah penyejuk hati, anugerah ILAHI, anakanda yang melengkapkan kehidupan kami,” katanya.

Pada 19 Mac lalu, Siti selamat melahirkan bayi perempuan di sebuah pusat perubatan di ibu kota.

Pengurusnya, Rozi Abdul Razak berkata, Siti  melahirkan bayi seberat 3.55 kilogram itu secara pembedahan pada kira-kira jam 8.17 pagi.

Sementara itu, menerusi perkongsian sama, Siti berkata suaminya bakal mengumumkan nama sebenar anak mereka yang bermula dengan Siti A.

“Insya-ALLAH, pada malam ini suami saya akan mengumumkan nama sebenar anakanda kami dan boleh ditonton secara langsung menerusi YouTube Siti Official Video bermula 9 malam.

“Kami akan mengadakan majlis maulid nabi, aqiqah dan tahnik pada malam ini.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kami selama ini dan hanya ALLAH saja yang mampu membalas jasa baik kalian. Semoga ALLAH merahmati kita semua,” katanya.

The post Siti tunai janji papar wajah anak appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IQTjfq

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.