Suri rumah dipenjara lapan bulan hina Agong
Hukuman diputuskan hakim Ahmad Bazli Bahruddin selepas tertuduh mengaku bersalah.
Mengikut pertuduhan, tertuduh Shamsiah Samsudin,44 tahun, pada 25 April tahun lalu didapati telah menggunakan perkhidmatan aplikasi melalui laman profil Facebook Tengku Cik Puan Muda Shamsiah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang palsu sifatnya dengan niat menyakitkan hati orang lain yang telah dibaca pada 26 april 2017 jam lebih kurang 2.11 petang di pejabat Sentosa Jaya jalan Padang Bongor, di sini.Tertuduh telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua duanya dan juga boleh dedenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Timbalan Pendakwaraya, Hajarul Fallena Abu Bakar memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal kepada tertuduh kerana individu yang dihina adalah Yang di-Pertuan Agong.
Mahkamah menetapkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh dituduh pada 14 Februari 2018.
Sumber Suri rumah dipenjara lapan bulan hina Agong
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2G9w42c
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment