Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ustaz dedah rahsia Opick, Wulan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ustaz dedah rahsia Opick, Wulan

TIDAK ramai yang mengetahui atau mengenali isteri kedua Opick, Wulan Mayasari, yang meninggal dunia Isnin lalu.

Namanya mula menjadi sebutan ramai selepas isteri pertama Opick, Dian Rositaningrum mendedahkan tentang perkahwinan rahsia Opick dan memfailkan penceraian.

Sahabat Opick, Ustaz Derry Sulaiman, mendedahkan, Opick pernah merasakan hidup Wulan tidak akan lama.

Malah sebelum Wulan meninggal, Opick sempat menghubunginya dan meminta mendoakan kesihatan Wulan.

“Opick ada menghubungi saya dan meminta didoakan kesihatan isterinya. Malah sejam sebelum Wulan meninggal, Opick sempat meminta saya datang ke rumah sakit (hospital).

“Tapi apabila saya tiba, Wulan sudah pun disahkan meninggal dunia,” ujarnya kepada Liputan6.com.

Tambah Derry Sulaiman, Opick memberitahu sejak hari pertama menikahi Wulan sudah merasakan isteri keduanya itu tidak akan hidup lama.

“Opick memberitahu sejak berkahwin, Wulan sering sakit. Jadi dia cuba memberi perhatian penuh dan tidak mahu menyakiti Wulan.

“Malah saya sendiri bersetuju dengan tindakannya. Yalah, tidak patut orang yang sedang sakit dilukai hatinya dengan diceraikan.

“Sebab itu jugalah, kita tidak boleh menghukum orang lain sebelum mendapat maklumat yang sebetulnya,” akhirinya.

The post Ustaz dedah rahsia Opick, Wulan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2IQTqHS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.