MANIFESTO PAKATAN UNTUK BAWA MALAYSIA LEBIH GEMILANG, KATA WAN AZIZAH
CALON Timbalan Perdana Menteri Pakatan Harapan Wan Azizah Wan Ismail berkata manifesto ini merupakan pemangkin untuk membawa kembali Malaysia ke era yang lebih gemilang.
Beliau merujuk kepada laporan Unicef mengenai kanak-kanak di Kuala Lumpur yang mengalami masalah kekurangan zat sebagai bukti betapa kualiti hidup rakyat marhaen telah semakin jatuh dan tidak berjaya ditangani pentadbiran sekarang.
“Hari ini berlaku depan mata kita di Kuala Lumpur. Ibu negara kita. Kita bercakap mengenai anak bangsa kita. Kekurangan zat merencatkan masa depan kita.
“Kita berbincang dan berdebat mengenai dasar pentadbiran baik. Tapi ini berlaku. Ini bukti berlakunya penurunan kualiti hidup rakyat marhaen,” katanya ketika majlis pelancaran manifesto Pakatan Harapan di Shah Alam hari ini.
Manifesto yang diberi nama “Buku Harapan” menawarkan 60 janji, dengan 10 janji akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari pertama mentadbir Putrajaya. Ia juga menjanjikan iltizam khas kepada lima golongan iaitu warga Felda, masyarakat kaum India, golongan wanita, golongan muda dan warga emas.
Wan Azizah yang juga Presiden PKR mengimbau kembali era emas Malaysia pada awal 1990-an ketika diterajui gandingan Mahathir Mohamad dan suami beliau Anwar Ibrahim yang memacu pertumbuhan negara sebagai antara terbaik di benua ini.
“Era bermula pada 1991 dan kemudian berterusan 1992 dan 1993 sehingga kemudian Datuk Seri Anwar Ibrahim dikenali sebagai menteri Kewangan terbaik Asia.
“Kita boleh melaksanakan pentadbiran lebih baik dari sekarang. Setuju? Kalau setuju kita bangkit,” katanya.
Beliau turut mengaitkan tema hari wanita tahun ini “Press for progress” sebagai pemangkin semangat PH untuk mengambil alih pentadbiran negara dan memahami apa yang patut dilakukan untuk rakyat negara ini.
“Perubahan tak datang bergolek kita harus bangun dan desak agar perubahan itu berlaku.
“Dasar kerajaan peduli rakyat untuk faedah semua pihak. Kita tak kata rasa denyutan nadi rakyat tanpa memahami penderitaan yang di alami mereka,” katanya menyindir slogan Perdana Menteri Najib Razak iaitu mendengar denyutan nadi rakyat.
– http://ift.tt/2pAR1dR
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Hmux5l
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment