Wanita Ajak Selfie Depan ATM. Bila Keluar TERKEJUT Bila Tau Dia….
Wanita Ajak Selfie Depan ATM. Bila Keluar TERKEJUT Bila Tau Dia…. | Saya Luv Islam – Tengah beratur nak cucuk duit di ATM, tiba-tiba datang seorang wanita ajak selfie. Layan kan je la. Bila nak keluar terkejut bila tau yang dia tu sebenarnya adalah…. Seperti diceritakan oleh Khairul Hakimin
KEJADIAN DI ATM STESEN MINYAK
Tadi saya pergi keluarkan duit di sebuah Petronas. Sedang berbaris ada seorang kakak datang tegur dan nak selfie, saya pun layan. Terasa diri seperti artis.
Sudah sampai giliran saya dekat ATM. Saya pun ambil duit dan berlalu pergi.
WANITA TADI TUNGGU DI PINTU
Elok dekat pintu, kakak tadi ada pula. Rupanya nak tanya resipi. Kami pun bersembanglah beriya tentang kek minyak bagai.
Tiba-tiba sampailah masa untuk add beliau. Saya beriya nak add, dia kata tak payahlah. Dia ok je, katanya lagi dapat jumpa ini pun dah bagus.
Saya tak puas hati. Nak juga. Dia dah segan. Dia beri nama, saya cari tak jumpa. Lalu..
RUPANYA DIA PERNAH KENA BLOCK DENGAN SAYA DI FB
“Encik Khairul, saya pernah marah Encik Khairul. Lepas tu saya kena block.”
Lalu saya pandang wajahnya. Terasa sunyi sepi. Alam mengikut mendiamkan diri.
“Laaa. Saya minta maaf. Jangan kecil hati ya. Saya unblock sekarang.” Jawab saya.
“Saya terharu dapat selfie. Sebenarnya dulu tu saya kena marah dulu sebab cakap Encik Khairul gitu gini. Lepas itu Encik Khairul marah. Ikutkan saya die hard fans sebenarnya. Cuma waktu tu entah kenapa. Bila dah kena block, rasa rugi sangat.”
“Sori sangat. Dulu memang saya block ja. Sekarang tak sangat. Haha. Maafkan saya ya. Dan terima kasih tegur. Selamat hari wanita kak!”
Kami berlalu pulang ke rumah.
Haha dalam perjalanan saya rasa macam pelik juga. Kenapalah dah kena block pun masih fikirkan saya. Adakah sebab kacak atau sebab apa. Kahkah.
Ok ok sampai sini sahajalah. Makin merepek karang tak pasal malam jumaat begini berlalu sepi seperti tadi.
Sumber: Saya Luv Islam via FB Khairul Hakimin
The post Wanita Ajak Selfie Depan ATM. Bila Keluar TERKEJUT Bila Tau Dia…. appeared first on SAYALUVISLAM.
✍ Sumber Pautan : ☕ SAYALUVISLAM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p42Lmi
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment