Hi! Welcome Back and Stay Tune! RAFIDAH JAWAB RAJA PETRA SELEPAS DITUDUH SALAH GUNA PERMIT IMPORT - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RAFIDAH JAWAB RAJA PETRA SELEPAS DITUDUH SALAH GUNA PERMIT IMPORT

RAFIDAH Aziz hari ini menghentam sebuah blog yang menuduh beliau menyalah guna Permit Import (AP) ketika menjawat menteri perdagangan antarabangsa.

Walaupun tidak menamakan penulis blog berkenaan, jelas sekali individu yang dihentamnya itu ialah blogger Malaysia Today Raja Petra Kamarudin. Semalam blog itu memuat naik rencana bertajuk “Rafidah, Ratu AP.”

“Mereka fikir AP ini atuk saya punya, betujuan untuk jaga periuk nasi keluarga? Jangan sekali-kali cuba untuk rosakkan nama baik MITI yang saya terajui selama 21 tahun.

“Isu AP bukan isu pun. Saya sudah jelaskan di Parlimen, cukup! Sila semak hansard Parlimen sebelum tuduh saya,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook beliau hari ini.

Jelas Rafidah, semua urusan berkaitan dirinya dilakukan mengikut ketetapan undang-undang, malah beliau telah pun menjelaskan isu ini di Parlimen pada 2005.

Raja Petra mendakwa Rafidah menyalah guna kuasa sebagai menteri dengan memberikan AP kepada kroninya termasuklah pengasas Naza allahyarham SM Nasimuddin SM Amin.

“Saya tak takut dengan manusia lemah, terutamanya orang yang berada dalam lumpur kotor, yang nurani mereka penuh dengan kejahatan.

“Saya cuma takut dengan tuhan yang maha berkuasa, maha menghukum dan kemurkaan-Nya. Suatu hari nanti kita semua akan meninggal dunia.

“Lebih baik mati untuk negara daripada mati sebagai pembelot yang memalukan negara saya,” katanya.

Jelas bekas ketua Wanita Umno itu, beliau tidak pernah ditekan oleh mana-mana bekas perdana menteri sepanjang menjawat jawatan, malah ujarnya, beliau sentiasa bekerja sebagai ahli perniagaan wanita berbanding politikus.

“Saya tidak pernah jadi pak turut kepada mana-mana perdana menteri. Sama ada Tun Razak, Tun Hussein, mahu pun Tun Mahathir atau Tun Abdullah Badawi. Saya tak risau untuk bersetuju dengan mereka.

“Saya bukan politikus dalam kerajaan. Saya adalah dan masih seorang teknokrat yang berintegriti dan sedar diri,” kata Rafidah.

Ujarnya, serangan terbaharu terhadapnya itu adalah kerana beliau bersuara mengenai isu berkaitan negara seperti rampasan kapal layar mewah Equanimity.

Selepas pihak berkuasa Indonesia merampas kapal layar mewah itu minggu lalu, Rafidah mempersoalkan kenapa pihak berkuasa tidak dapat mengesan kapal itusedangkan beliau sendiri dapat mengesan ketika mengikuti aktiviti menyelam di Phuket tahun lalu.

The Equanimity dimiliki Jho Low atau Low Taek Jho yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Kapal layar mewah itu disita oleh pihak berkuasa Indonesia yang bekerjasama dengan Biro Penyisatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat (AS) di Bali minggu lalu.

“Saya tak sembang kosong. Saya hanya bersuara tentang isu yang memberi kesan kepada rakyat dan negara.

“Saya bersuara bila saya nampak ada yang tak kena, (apabila) mereka membawa masalah dan memalukan rakyat dan negara.

“Saya suarakan isu dan masalah yang secara langsung memberi kesan kepada Rakyat… dalam mantera yang diubah sedikit berdasarkan (slogan) ‘Rakyat Didahulukan…’”

“Rakyat dahulu? Betulkah?… (rakyat) ‘dahulu’ yang dapat kesan negatif, (rakyat) ‘dahulu’ yang menanggung beban, (rakyat) ‘dahulu’ yang dapat malu, (rakyat) ‘dahulu’ yang menanggung kesan daripada segala masalah yang serabut,” kata Rafidah.

Bekas Menteri Kabinet itu berkata, beliau akan sentiasa menyuarakan pandangannya tanpa niat jahat, selain menambah ia adalah haknya untuk bersuara.

Tambahnya lagi, beliau kerap ditanya oleh orang luar dan sahabat handai, kenapa beliau tidak ada pengawal peribadi bila ditemui di kawasan terbuka seperti kedai, pasar raya atau pun hospital.

“Saya beritahu mereka saya dah bersara, jadi tak perlu ada pengawal peribadi. Tujuan mereka tanya itu kerana saya seorang yang berani bersuara. Sesetengah orang mungkin tak suka.

“Sudah tentu kawan-kawan akan berkata (secara berseloroh)… awak mungkin akan hancur… atau disimen dalam tong…” katanya.

Ketika krisis pada 2005 sehingga kini, Rafidah masih kekal dengan pendiriannya. Malah, beliau turut menerbitkan senarai pemegang AP sejak 1970 hingga 2005.

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2HjYYZE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.