Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tangkas sungguh Pandikar bersilat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tangkas sungguh Pandikar bersilat

Speaker tolak lagi soalan 1MDB
Melati A. Jalil · Diterbitkan pada 7 Mar 2018 1:48PM
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Pandikar Amin Mulia sekali lagi menolak dia soalan berhubung 1MDB oleh beliau dan empat lagi soalan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam sidang kali ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Mac, 2018

AHLI Parlimen pembangkang mahu Pandikar Amin Mulia menjelaskan mengapa beliau menolak soalan berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Mereka berkata speaker Dewan Rakyat itu tidak harus menjadikan saman Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) sebagai alasan untuk menghalang perbahasan 1MDB di Parlimen.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Pandikar sekali lagi menolak dia soalan berhubung 1MDB oleh beliau dan empat lagi soalan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua dalam sidang kali ini.

“Soalan saya mengenai sama ada perdana menteri akan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat skandal 1MDB ditolak atas alasan melanggar Peraturan Mesyuarat 23 (1) yang menghalang soalan yang boleh memudaratkan mana-mana kes yang sedang dibicarakan.

“Saya rasa speaker mungkin merujuk pelucutan aset bernilai AS$4.5 bilion berkaitan 1MDB di Amerika Syarikat, UK dan Switzerland oleh DoJ.

“Saya tidak faham bagaimana kes mahkamah di luar negara boleh dijadikan alasan untuk menghentikan perbahasan dan perbincangan di Parlimen Malaysia,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Seksyen 23 (1) menyatakan soalan tidak seharusnya memudaratkan mana-mana kes yang sedang dibicarakan. – 7 Mac, 2018.

Berkaitan: Sembilan soalan MP Pakatan Harapan mengenai 1MDB tidak ‘lekat’ di Parlimen


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2p0DQjz

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.