'Suka Hati Kau Nak Tampar Orang'
POLIS mengesahkan wanita yang menampar dan menggari dua lelaki dipercayai warga India dalam video yang tular di Facebook, sejak semalam, adalah anggota Pasukan Sukarelawan Polis (PVR).
Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai video bertajuk 'A Punjabi Women In Malaysia Abuses India Immigrants and Extorts She Is a Bully' membabitkan anggota polis.
"Siasatan terhadap video yang disebarkan di laman sosial itu mendapati wanita berkenaan adalah anggota PVR daerah Seremban. Bagaimanapun, kejadian berkenaan berlaku di sebuah restoran di Mantin, Nilai. Kes berkenaan dirujuk dan disiasat oleh polis daerah Nilai," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Video berdurasi satu minit 37 saat itu memaparkan anggota wanita terbabit menampar dan menggari lelaki dipercayai warga India sambil disaksikan oleh beberapa lelaki lain.
Wanita itu dikatakan menyalahguna kuasa sebagai anggota sukarelawan polis untuk memeras ugut lelaki warga asing terbabit dan perbuatannya dirakam oleh rakan mangsa sebelum tular serta dikongsi 8,000 kali.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2Hl5aAN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment