Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pencuri Masuk Rumah Mo Salah. Tindakannya Terhadap Pencuri Tu Buat Ramai Peminat TERKESIMA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pencuri Masuk Rumah Mo Salah. Tindakannya Terhadap Pencuri Tu Buat Ramai Peminat TERKESIMA

Pencuri Masuk Rumah Mo Salah. Tindakannya Terhadap Pencuri Tu Buat Ramai Peminat TERKESIMA | Saya Luv Islam – Baru-baru ni nama Mohamed Salah atau Mo Salah jadi lagenda di kalangan peminat Liverpool. Satu hari rumahnya dimasuki pencuri. Bila pencuri ditangkap tindakan beliau terhadap pencuri tu buat ramai peminat terkesima tak caya. Tak sangka beliau telah…. Allahu.

PRESTASI MO SALAH DI PADANG YANG WOW

Sekali lagi membuktikan kemahiran yang diidamkan penyokong, dua nama menjadi sebutan utama peminat Liverpool sejak awal pagi tadi.

Mereka ialah Sadio Mane dan Mohamed Salah. Dan menariknya kedua-dua mereka adalah pemain handalan yang beragama Islam.

Ketika menentang FC Porto di gelanggang Estadio do Dragao itu kedua-dua mereka mempamerkan aksi cemerlang. Mane sendiri menyumbang tiga gol, manakala selebihnya hasil jaringan Salah dan Roberto Firmino.

Dan kejayaan membenam lawan di gelanggang lawan itu memberi alasan yang cukup kuat untuk penyokong mereka berpesta.

Ia adalah kejayaan pertama The Kop menembusi pusingan kalah mati kejuaraan Liga Juara-juara sejak 2009.

Selepas perlawanan berakhir sebahagian besar penyokong Liverpool yang berkunjung ke Porto hanya menyebut satu nama – Mo Salah.

Sejak menunjukkan kelincahannya di atas padang, pemain warga Mesir yang dibeli dari kelab Roma itu segera memikat hati peminat Liverpool.

PEMINAT BUAT LAGU UNTUK MO SALAH

Malah mereka mencipta lagu khusus untuk Salah – yang digelar sebagai “raja Mesir” – itu. Ia adalah lagu yang diubah suai liriknya daripada irama kumpulan Britain, James, berjudul Sit Down.

Lagu itu dinyanyikan ketika mereka bergembira meraikan kemenangan Liverpool di dalam sebuah pub.

Salah yang baru-baru ini diangkat sebagai pemain terbaik Afrika sudah menjaringkan 30 gol untuk Liverpool.

Selain itu dia juga banyak berjasa kepada kelab berkenaan atas sumbangannya membantu pemain sepasukan menjaringkan gol.

Baru berusia 25 tahun beberapa laporan menggambarkan Salah sebagai seorang Muslim yang baik dan banyak membantu orang ramai.

RUMAH MASUK PENCURI TETAPI…

Antara kisah yang banyak diperkatakan mengenai Salah ialah semasa dia bermain untuk kelab Al-Ittihad Alexandria di Mesir.

Pada suatu hari rumah keluarganya dirompak dan penjenayah terbabit ditahan polis dua hari kemudian.

Tidak seperti kebanyakan orang, Salah meminta pihak berkuasa tidak mendakwa perompak terbabit walaupun bapanya berharap hukuman dikenakan ke atas lelaki berkenaan.

Sebaliknya Salah memberikan sejumlah wang kepada perompak berkenaan untuk memudahkannya memulakan hidup baru.

Tidak cukup dengan itu Salah membantu lelaki berkenaan mendapatkan pekerjaan.

KONGSIKAN KISAH MENARIK INI. JADIKAN DIA IKON DAKWAH UNTUK ORANG BUKAN ISLAM DI LUAR SANA.

Sumber : Saya Luv Islam

ANDA JUGA NAK BACA NI. ENAM PEMAIN BOLA SEPAK DUNIA TAK MINUM ARAK

BEBERAPA pemain bola sepak terkenal dunia menolak minum minuman beralkohol. Menariknya, tidak semua mereka ini beragama Islam.

Memetik Sokkaa.com, berikut enam pemain bola sepak terkemuka dunia yang ‘mengharamkan’ diri mereka atau sudah berhenti mengambil minuman keras.

1. Harry Kane (Tottenham Hotspur)

Pemain ini mengaku sudah lupa bila kali terakhir dia pergi ke kelab malam dan minum bir. Kane mengaku untuk mengisi masa lapang, dia lebih suka memilih bermain golf berbanding minum di kelab malam.

“Jika saya mahu bersantai, saya akan bawa anjing saya keluar jalan-jalan atau bermain golf. Saya tak tahu bila kali terakhir saya ke kelab malam,” katanya.

2. Franck Ribery (Bayern Munich/Perancis)

Pemain yang menukar agama kepada Muslim pada 2002 ini merupakan salah seorang pemain yang sangat menolak minuman keras. Ribery selalu menolak memegang bir ketika bergambar bersama pasukannya untuk salah satu penaja Bayern, Paulaner.

Ribery pernah marahkan rakan sepasukannya, Jerome Boateng, yang menyiramnya dengan bir dalam meraikan gelaran juara Bundesliga pada 2013.

3. Gareth Bale (Real Madrid/Wales)

Pemain Real Madrid ini merupakan salah seorang pemain bukan Muslim yang menolak minum bir. Bale menolak mengambil minuman beralkohol kerana ingin mendapatkan tubuh yang sihat.

“Saya hanya tidak suka minum-minum. Ini bukan soal saya tidak minum minuman beralkohol. Saya hanya tidak sukakan rasanya,” ujar Bale.

4. Yaya Toure (Manchester City)

Yaya Toure pernah menolak menerima champagne selepas menjadi pemain terbaik ketika Manchester City mengalahkan Newcasle United pada pertandingan Liga Perdana Inggeris pada 2012.

Ketika rakan sepasukannya, Joleon Lescott ingin memberi sebotol champagne, Toure berkata: “Wow, terima kasih. Tapi, saya tidak minum kerana saya Muslim. Kamu boleh simpan champagne ini.”

5. Javier Hernandez (West Ham United/Mexico)

Walaupun bukan seorang Muslim, Hernandez mengaku mengagumi Nabi Muhammad SAW. Hernandez juga melakukan beberapa amalan seorang Muslim, termasuk cara berdoa. Hernandez juga tidak mengambil minuman beralkohol.

“Hernandez mempunyai cara dietnya. Dia tidak pernah mengambil minuman beralkohol. Dia juga tidak pernah tidur lewat malam,” kata saudaranya, Tomas Balcazar.

6. Cristiano Ronaldo (Real Madrid/Portugal)

Ronaldo tidak pernah mengambil minuman keras setelah bapanya meninggal dunia kerana alkohol.

“Saya lebih suka minum Red Bull ketika membelikan champagne untuk kawa-kawan. Itu tak jadi masalah. Saya suka tengok kawan-kawan saya gembira,” kata Ronaldo.

Sumber : Mstar

The post Pencuri Masuk Rumah Mo Salah. Tindakannya Terhadap Pencuri Tu Buat Ramai Peminat TERKESIMA appeared first on SAYALUVISLAM.



✍ Sumber Pautan : ☕ SAYALUVISLAM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2FEItub

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.