Akaun YouTube Vevo Digodam Mengakibatkan Beberapa Video Muzik Popular Ditukar Tajuk
Vevo adalah perkhidmatan hos video multinasional di Amerika Syarikat. Banyak video muzik popular dilancarkan oleh Vevo dengan kerjasama bersama penerbit termasuk Universal Music Group.
Semalam, akaun YouTube Vevo digodam dan beberapa video muzik popular ditukar tajuk dan thumbnail oleh si penggodam. Antara yang terkesan adalah videoDespacito oleh Luis Fonsi and Daddy Yankee’s. Thumbnail video Despacito ini ditukar kepada poster rancangan Netflix Casa de Papel.
Selain daripada itu, tajuk lagu dan butiran video turut diubah. Beberapa video musik lain seperti Chris Brown, Shakira, DJ Snake, Selena Gomez, Drake, Katy Perry, dan Taylor Swift turut terkesan. Menurut Vevo, video-video yang terkesan sudah ditarik dan tidak disenaraikan dalam YouTube. Mereka turut menyatakan, mereka sedang berusaha untuk membaikpulih video-video yang terkesan dan terus menyiasat isu ini.
@YouTube Its just for fun i just use script "youtube-change-title-video" and i write "hacked" don t judge me i love youtube <3
— Prosox (@ProsoxW3b) April 10, 2018
Adakah akaun YouTube Vevo digodam sepenuhnya ataupun tidak masih lagi dalam penyiasatan. Menurut salah seorang penggodam, mereka hanya menggunakan satu skrip untuk mengubah tajuk video-video muzik tersebut.
Untuk sementara waktu, beberapa video muzik Vevo tidak dapat ditonton dan sama-sama kita nantikan pihak Vevo memuat naik kembal video-video ini untuk hiburan bersama.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2v408aG
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment