Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pembesar Suara Dan Papan Kekunci Gaming Baru Siri Logitech G Kini Hadir Di Pasaran Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pembesar Suara Dan Papan Kekunci Gaming Baru Siri Logitech G Kini Hadir Di Pasaran Malaysia

Logitech ialah sebuah jenama yang cukup terkenal untuk aksesori-aksesori komputer, laptop dan tablet mereka. Baru-baru ini, mereka dilihat memperkenalkan pembesar suara gaming Logitech G650 dan juga papan kekunci gaming Logitech G513, peranti-peranti khusus untuk golongan gamer.

Logitech G560

Pembesar suara Logitech G650 ini hadir dengan sistem pencahayaan RGB segerak Lightsync yang hadir dengan 16.8 juta pilihan warna cahaya, disamping sokongan untuk audio DTS:X Ultra 1.0. Dalam pada itu, pembesar suara ini juga boleh menyambung kepada peranti-peranti melalui teknologi tanpa wayar Bluetooth, jika mereka ingin mendengar audio melalui peranti-peranti mudah-alih.

Papan kekunci Logitech G512 pula ialah sebuah papan kekunci gaming yang menggunakan suis mekanikal Romer-G buatan mereka sendiri, dan juga hadir dengan sistem pencahayaan segerak RGB Lightsync yang hadir pada pembesar suara Logitech G650.

Satu-satunya perbezaan diantara papan kekunci Logitech G513 yang diumumkan sebelum ini dan Logitech G512 ialah ketiadaan tempat letak tangan untuk model G512, tetapi dari segi fungsi lain, kedua-dua model ini adalah sama sahaja.

Logitech Malaysia juga baru sahaja mengumumkan bahawa kedua-dua produk ini akan hadir di pasaran Malaysia pada bulan Mei 2018 kelak. Pembesar suara Logitech G650 akan dijual pada harga RM999, manakala papan kekunci Logitech G512, yang akan hadir dengan warna Carbon Black akan dijual pada harga RM579.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2Haknbv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.