Kelebihan Mengahwini Seorang Jururawat
Tidak dinafikan dan ramai mesti bersetuju bahawa seorang jururawat atau dipanggil ramai dengan gelaran staff nurse ini kebanyakannya seorang yang boleh membuat banyak pekerjaan dalam satu-satu masa.
Malah, seorang lelaki itu boleh dikatakan sangat bertuah mendapat seorang isteri yang bekerjaya, cantik, rajin, tak berkira dan staff nurse sudah semestinya satu bonus besar buat si suami.
Si suami pasti tersenyum lebar kerana ada banyak benda yang isteri boleh lakukan. Berikut ini perkongsian aliffchannel.com mengenai sebab kenapa anda perlu mengahwini seorang jururawat.
Kelebihan Isteri Seorang Jururawat
Pandai kemaskan katil
Katil anda pasti sudah siap dikemas setiap pagi, ini kerana sudah terbiasa buat bedmaking patient sehingga 30 katil sehari, setakat satu dua katil di adalah perkara mudah baginya.
Tidak mudah rasa jijik
Jururawat tiada rasa jijik nak cuci lampin anak kerana mereka sering berhadapan dengan kerja kotor hampir setiap hari. Nak kira setakat pampers kegunaan anak, tiadalah tara dengan yang dibandingkan dengan apa yang dihadapi di wad hospital.
Sistematik
Bayangkan seorang jururawat apabila memasak, mesti bahan-bahan masakan disusun rapi seperti ubat-ubatan pesakit. Setakat bawang putih 3 ulas + 100gm ikan bilis, dan hendak dibandingkan dengan katil 1 Pt A, T Metoprolol 50 mg BD, T Simvastatin 40mg ON, IV Ceftriaxone 1g OD. Fikir dna renungkan.
Pandai dobi
Banyak baju putih? Semestinya dibasuh sekali dengan pakaian seragam jururawat. Jururawat selalunya sudah tahu cara dan teknik kombinasi cucian bagi pakaian berwarna putih yang dipelajari dari zaman belajar sehingga bekerja sebagai jururawat, pakaian mereka tetap adalah warna putih.
Tubuh sihat
Reposition patient 2 hourly, pusing sana-sini, transfer patient katil ke kerusi, kerusi ke kerusi roda. Seseorang jururawat dah tak payah pergi ke gym.
Klinikal sampai ke rumah
Ramai jururawat apabila mencuci rumah, mereka tak gunakan sabun pencuci lantai, tapi chlorhexidine dengan alcohol (Terbukti secara klinikal).
Susah nak marah
Seorang jururawat susah hendak marah disebabkan hari-hari mereka berhadapan dengan masyarakat yang pelbagai ragam.
Senang rindu
Sebagai suami, disebabkan pekerjaan jururawat ini tak menentu dna mengikut pada syif-syif yang tersedia, sehingga sampai 2-3 hari tak berjumpa walaupun duduk serumah boleh memberi masa buat anda untuk merindui.
Pandai ubati luka
Tidak hanya luka kaki, bedsore kategori 4 sekalipun mereka boleh cucikan, termasuk juga luka di hati.
Pengalaman baru setiap hari
Pesakit bertukar-tukar setiap hari, jadinya juga hari-hari ada pengalaman baru.
Sumber diolah dari pelbagai sumber di internet.
The post Kelebihan Mengahwini Seorang Jururawat appeared first on Aliff Channel.
✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2EzbmDv
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment