Hi! Welcome Back and Stay Tune! Valentino Rossi 'takut' berlumba dengan Marc Marquez - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Valentino Rossi 'takut' berlumba dengan Marc Marquez

TERMAS DE RIO HONDO: Juara dunia sembilan kali MotoGP dari Itali, Valentino Rossi mengakui beliau takut untuk berlumba dengan Marc Marquez dari Sepanyol.

Perkara itu diluahkan selepas insiden pelanggaran antara beliau dengan Marquez yang menyaksikan beliau sekadar menduduki tempat ke-19 akibat terjatuh.

"Saya takut berlumba di atas litar bersama Marquez.

"Marquez melanggar saya dengan sengaja, bukan satu kesilapan. Jika anda sudah memulakan cara ini, ia akan membawa sukan ini ke tahap yang membahayakan," jelas beliau seperti yang dipetik BBC.

Tambah beliau, Marquez telah memusnahkan sukan permotoran.

Selepas kejadian itu, Marquez dilihat cuba berjumpa Rossi untuk meminta maaf tetapi dihalang pegawai Movistar Yamaha.

Marquez turut menjelaskan, pelanggaran itu adalah satu kejadian yang tidak disengajakan malah sepanjang kariernya, beliau sentiasa mengelak apabila menghampir mana-mana pelumba.

Dalam perlumbaan Grand Prix (GP) Argentina baru-baru ini, Marquez daripada pasukan Honda terlanggar Valentino Rossi ketika cuba memotongnya.

Berikutan kemalangan itu, Marquez telah didenda oleh MotoGP dengan 30 mata ditolak menyebabkan beliau berada pada kedudukan ke-18.



Sumber Valentino Rossi 'takut' berlumba dengan Marc Marquez

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qoX1Vb

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.