Google Dalam Perbincangan Untuk Mengambil-Alih Teknologi Jalur-Lebar Dalam Penerbangan Milik Nokia
Google kini dilaporkan yang mana mereka sedang dalam perbincangan untuk pengambil-alihan teknologi Nokia dalam penawaran rangkaian jalur-lebar mudah-alih dalam penerbangan. Dengan mengambil-alihnya, Google dijangka menggunakan teknologi Nokia berkenaan untuk menawarkan rangkaian WiFi yang lebih pantas dalam penerbangan berbanding apa yang ditawarkan pada hari ini.
Sekiranya pengambil-alihan ini berhasil, ia secara tidak langsung akan membuatkan mereka yang dalam penerbangan lebih aktif menggunakan perkhidmatan Google – termasuk berkaitan dengan YouTube dan sebagainya. Namun, seperti biasa, implementasinya perlu melalui pelbagai fasa, termasuk perbincangan dengan pihak berkaitan sebelum melaksanakannya.
Dengan berbilion pengguna menggunakan perkhidmatan Google hari ini, gergasi internet berkenaan turut melihat kepada pelbagai kaedah baru untuk menambah pengguna baru. Hal ini termasuk dengan menguji kebolehan memancar internet dari satelit, dron dan sebagainya. Google sendiri mempunyai penawaran perkhidmatan internet mereka dinamakan Google Fiber.
Pada hari ini, terdapat sejumlah penerbangan menawarkan sambungan internet, tetapi kelajuannya adalah sangat perlahan. Nokia sendiri telah menguji teknologi mereka sejak daripada tahun lepas, tetapi dilihat tidak mengutamakan implementasinya berbanding projek mereka yang lain.
Seperti biasa, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang komen berkaitan laporan mengatakan Google ingin mengambil-alih teknologi milik Nokia ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2qm1esE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment