Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apex mohon maaf tidak beraksi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apex mohon maaf tidak beraksi

PENJAGA gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apex, mengesahkan dia tidak dapat beraksi menentang Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini,  akibat kecederaan di tapak kaki.

Kecederaan yang dialami selepas menamatkan tugasan bersama skuad kebangsaan ketika menentang Bhutan pada dua minggu lepas masih belum pulih sepenuhnya.

"Maaf, kecederaan saya belum pulih dan tidak dapat berjuang bersama rakan lain di Paroi.

"Saya sedar, ini perlawanan hidup mati Kelantan dan harap semua pemain yang bakal diturunkan ketua jurulatih ( Fajer Ibrahim) dapat beraksi cemerlang untuk mengutip mata," katanya.

Bagaimanapun, Apex berharap dia sempat pulih dan cergas sepenuhnya sebelum perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di gelanggang sendiri, 28 April depan.

"Saya kena bekerja keras selepas pulih nanti untuk memikat Fajer (ketua jurulatih) bagi dipilih dalam kesebelasan utama."

Selepas kehilangan Apex, skuad The Red Warrior mungkin akan menurunkan penjaga gol muda, Mohd Ramadhan Abd Hamid, untuk mengawal benteng akhir daripada ancaman penyerang Skuad Rusa, malam ini.



Sumber Apex mohon maaf tidak beraksi

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2ISjEZF

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.